Sekadar gambar hiasan
Tanggal 29 Jun 2023 iaitu bersamaan 10 Zulhijjah, umat Islam meraikan hari raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Raya Haji.
Solat sunat Aidiladha 2 rakaat
Sekadar gambar hiasan
Solat sunat Aidiladha boleh dilaksanakan sebanyak dua rakaat sesudah terbit matahari sekitar 30 minit selepas Syuruq iaitu dianggarkan pada jam 8.00 pagi waktu Malaysia sehinggalah tergelincirnya matahari iaitu sebelum masuk waktu Zohor.
Umat islam juga disunatkan untuk melakukan mandi sunat hari raya pada waktu pagi sebelum ke masjid.
Panduan menunaikan solat sunat Aidiladha
Lafaz niat:
Rakaat pertama
-
- Mulai dengan lafaz takbiratul ihram, dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat solat Aidiladha di dalam hati.
- Membaca doa iftitah.
- Lafaz takbir 7 kali diselang-seli dengan tasbih.
4. Membaca surah Al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah dari al-Quran.
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua
- Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
- Lafaz takbir lima kali diselang-seli dengan tasbih.
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca mana-mana surah dari al-Quran.
- Solat diteruskan dengan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir.
- Memberi salam.
Adalah disunnahkan untuk melaksanakan khutbah sesudah mengerjakan solat Hari Raya. Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.
Namun sunat dimulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Sumber: Aku Islam