berita

Panjat Menara Telekomunikasi ‘Merajuk’ Dengan Isteri

October 1st, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap hubungan rumah tangga pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Ini kisah lucu yang berlaku di Uttar Paradesh, India, apabila seorang suami bertindak memanjat sebuah menara setelah bergaduh dengan isterinya dan enggan turun daripada menara tersebut.

‘Fed up’ dengan isteri

Foto: Gulf News 

 “I am fed up with my wife. She is trying to frame me in false cases but the police are not listening to me. I want to get rid of this relationship.”

Lelaki tersebut bertindak memanjat menara tersebut setelah bertengkar bersama isterinya. Dia juga telah dipujuk untuk turun semula, namun dia enggan berbuat demikian. Lelaki yang dikenali sebagai Tejpal Singh, bertindak sedemikian rupa kerana isterinya telah membuat laporan polis palsu dan pihak polis enggan mendengar penjelasannya.

Tejpal turut menjelaskan dia sudah muak dengan perangai isterinya yang menjengkelkan dan kerap menuduhnya. Menurut pihak polis, ini merupakan perkahwinan kedua Tejpal,  dan mereka sering bergaduh mengenai beberapa isu. Pihak polis dan pihak berkuasa tempatan, bergegas ke tempat tersebut untuk memujuk Tejpal untuk turun dari menara tersebut.

Tejpal akhirnya akur dengan arahan polis dan bersetuju untuk turun daripada menara tersebut.

Sumber: Gulf News </span

SKIP THIS AD ×