Sebelum ini, pelakon Zarina Anjoulie sering menayang kisah percintaan dengan tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey di Instagram dan TikTok.
Namun, baru-baru ini, Zarina dilihat memadam gambar mereka daripada tatapan orang ramai.
Artikel Berkaitan: Teman Lelaki Zarina Anjoulie Hadiahkan Rumah Di Kawasan Perumahan Elit – ‘I Love You Mama’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Finally, You Are Half Mine’ – Zarina Anjoulie & Elzey Sudah Bertunang?
Putus tunang?
Menerusi hantaran di Instagram, Zarina seakan memberi bayangan hatinya sedang remuk. Aktres berumur 35 tahun ini menulis kapsyen, ‘Broken (hancur) tapi masih bertahan,’ dengan berlatar belakangkan lagu Elley Duhe, Middle of the Night.
Pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul juga bertindak menutup ruangan komen di entri tersebut.
Tindakan itu semestinya mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut setia yang suka melihat momen manis Zarina dan Khazrul Elzey.
Selain itu, Zarina juga memuat naik gambar seksi dengan memakai dress pendek yang menampakkan bahagian dada terdedah.
Sebelum ini, aktres yang mempunyai darah campuran Melayu, Scotland dan Iran ini pernah berseloroh dengan mengatakan tunangnya tidak akan mengahwininya selagi berat badan belum turun.
Terdahulu, pada 26 Januari, Zarina memberitahu mereka sudah ‘diikat’, dan sudah menempah baju pengantin dan cincin.
Sumber: Instagram