berita

‘Papa Gosok Faraj Mai, Sakit Pedih!’ – Dah Ada 4 Isteri, Wanita Pilu Suami Cabul 2 Anak Kandung

June 28th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tak dinafikan, kisah ‘haruan makan anak’ seringkali dikongsikan di media sosial dan ianya sekaligus menunjukkan betapa kroniknya isu ini dalam masyarakat kita.

Baru-baru ini, seorang aktivis kebajikan dan kemasyarakatan iaitu Natipah Abu ada berkongsi mengenai kisah tragis dua kanak-kanak menjadi mangsa cabul bapa kandung mereka sendiri. Lebih meruntun hati apabila mengetahui salah seorang mangsa sebenarnya berstatus orang kelainan upaya (OKU).

Mengadu sakit faraj

Sekadar gambar hiasan

Kisah tersebut diceritakan sendiri oleh ibu mangsa kepada Natipah Abu. Menurut wanita itu, dia tidak sangka suaminya tergamak melakukan perkara terkutuk itu kepada dua anak kandungnya sendiri. Dakwanya lagi, dia banyak bersabar dengan kerenah lelaki itu sepanjang 14 tahun mereka hidup bersama namun kesabarannya mula memuncak apabila mengetahui si suami tergamak memijak maruah dua anak kandungnya.

Dua orang anak di cabul ayah kandung sendiri termasuk seorang OKU. Wife kau ada 4, dah cukup kouta dah! Part stok luar lagi, tu tak campur dgn stok gundik. Apa lagi yang kurang sampai anak kandung pun kau sesah.

Mira anak autism saya, ketika kejadian baru berumur 12 tahun. Pagi sewaktu hendak ke sekolah, anak mengadu “faraj pain”. Nangis dia waktu nak mandi. Saya cek bibir faraj, melecet kemerahan.

Pada awalnya, dia beranggapan kemungkinan kemerahan itu berpunca daripada masalah keputihan tetapi apabila difikirkan kembali, wanita ini akui anak perempuannya itu tidak mempunyai masalah tersebut.  Tetapi perkara tersebut tidak terhenti di situ, adik Mira iaitu Maisarah dikatakan turut mengalami perkara yang sama dan ketika itu dia berusia 7 tahun dan Maisarah merupakan seorang kanak-kanak yang normal. Bercerita kembali detik hitam yang menimpa anak-anak, wanita ini mendakwa segala-galanya terjadi ketika dia meninggalkan anak-anaknya bersama bapa mereka di rumah.

Saya minta izin dengan X nak hantar ayah ke klinik. Sebelum tu, saya tanya X, dia dah kat mana? Dia cakap dia dah otw balik rumah dan dia izinkan saya hantar ayah ke klinik tanpa membawa anak-anak sebab anak tak nak ikut. Maisara yang berumur 7 tahun juga sedang tidur.

Bapa cabul anak

Sekadar gambar hiasan

Menurut ibu kepada empat anak ini, sekitar jam 7 petang dia telah menghubungi anaknya bertanya keberadaan bapa mereka dan ketika itu, lelaki tersebut masih belum pulang ke rumah. Selepas segala urusannya selesai, wanita ini pulang ke rumah dan melihat suaminya sedang duduk di atas sofa tetapi dia kelihatan kurang selesa seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Selepas selesai membuatkan kopi untuk si suami, wanita ini terus ke bilik untuk mandi. Kemudian, Maisarah datang mengadu kepadanya.

‘Tadi kan ibu, papa buka panties Mai. Papa gosok-gosok faraj Mai. Papa masukkan baby finger kat dalam faraj Mai. Mai sakit, pedih!’

Saya memang ajar bab secret part yabg boleh sentuh dan tak boleh sentuh. Siapa yg boleh sentuh dan siapa yang tak boleh sentuh juga. If sesiapa sentuh, beritahu ibu. So itulah yang Maisarah buat.

Wanita ini akui dia cuba mengawal emosinya dan berlakon seolah-olah tiada apa yang berlaku sehinggalah dia nekad untuk membuat laporan polis. Dia kemudian membawa Maisarah ke hospital untuk pemeriksaan. Polis kemudian menghubunginya memaklumkan lelaki itu sudah menyerah diri dan ditahan reman.

Madu-madu call saya bertalu tapi saya tak jawab. Mai ditahan di wad dan hari ke3, JKM datang ambil report dari kami. Mereka pecah masuk rumah saya dan cari kami merata dekat umah mak dan adik beradik. Alasan madu- madu mencari saya kononnya nak ajak kami makan sama sama. Padahal sebelum ni, kami jenis buat hal sendiri dan tak kacau hal memasing.

‘Dia suruh saya tarik report’

Sekadar gambar hiasan

Beberapa hari kemudian, rakan baik si suami datang ke rumah kononnya mahu menziarahi ayah yang uzur  namun siapa sangka sebenarnya tujuan mereka ke rumah adalah untuk meminta dia menarik semula laporan polis yang dibuat.

Short story, dia suruh saya tarik report. Alasan ..tak baik buka aib suami. Itu saja alasan dia. Aib apa yang kami kena cover? Itu kesalahan dan bukan aib yang perlu saya selindung. Untuk pengetahuan, X seorang yang berpengaruh, ada pangkat besar dalam politik. Link yang sangat hebat dengan politik.

Kes anak saya senyap lama. Kes naik semula bila IO yang baru take over file yang dah lama terperap. Polis call suruh saya datang mahkamah untu kes bicara esok harinya. Dalam court, X request dengan lawyer, minta kes dibuang sebab kes dah lama. Hakim tak setuju sebab kes belum dengar bicara apa-apa.

Tambah wanita ini lagi, dia akan terus berjuang untuk membela nasib anak-anaknya. Difahamakan, wanita ini juga telah memfailkan penceraian terhadap bekas suaminya itu.

Sumber: Natipah Abu

SKIP THIS AD ×