Pelakon Puteri Sarah Liyana sangat bertuah apabila masih mempunyai hubungan yang baik dengan bekas mentua walaupun telah bercerai dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.
Artikel Berkaitan: VIDEO] Yusof Haslam Menangis Lagi, Rindu Syamsul – ‘Jangan Tunggu Sampai Bapa Sudah Tak Ada, Baru Nak Cari’
Artikel Berkaitan: Kecoh Dakwaan Syamsul Cerai Ira Kazar Melalui WhatsApp, Puteri Sarah Tak Tahu
Anggap sebagai menantu
Terbaru, Puteri Sarah berkongsi tangkapan skrin (screenshot) yang memaparkan perbualannya dengan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam di Instagram Story.
Menerusi hantaran itu, Yusof tetap menganggap Puteri Sarah Liyana sebagai menantu dalam keluarganya. Selain itu, pemilik syarikat produksi Skop Production turut mengingatkan aktres berumur 37 tahun untuk menjaga kesihatan diri dan tidak terlalu bekerja keras.
Papa mama tetap anggap Sarah menantu kami. Kuatkan semangat. Jangan kerja kuat sangat. Jaga kesihatan, jangan stres sangat. Bahaya pada kesihatan.
Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengucapkan terima kasih atas keprihatianan yang diberikan Yusof dan isteri, Datin Patimah Ismail.
Maaf sibuk dengan kerja
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata ini mendoakan agar Yusof dan Patimah sentiasa dilindungi Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan.
Sekadar info, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan ramai apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.
Kemudian, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof bercerai talak satu selepas kemelut rumah tangga yang berpanjangan pada 14 Jun yang lalu.
Selepas bercerai, Puteri Sarah membuat keputusan untuk menarik semula kes saman terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya.
Sumber: Instagram