Bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga, menyayangi serta melindungi anak-anak dan isteri. Teladan dan contoh yang baik sepatutnya ditunjukkan oleh seorang bapa agar anak-anak mereka mampu menjadi insan yang berguna kelak.
Tetapi berbeza pula dengan sikap seorang bapa dari Indonesia ini apabila tergamak memukul anak-anak dan isterinya. Kejam!
Bawa kayu, nasib adik tolong
Perbuatan kejam si bapa itu dipercayai sempat dirakam oleh anak perempuannya sebelum dimuat naik di akaun Instagram, Sheyriela. Video tersebut kemudian telah tersebar di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen. Berdasarkan video yang viral itu, memaparkan seorang lelaki bertatu bertindak agresif dengan memegang sebatang kayu panjang dan dipercayai mahu memukul anak perempuannya.
Ayah cuba memukul kepala saya menggunakan kayu panjang. Dia kemudian menghalakan senjata tajam ke leher kiri saya namun dihalangi oleh adik. Dia pergi ke biliknya dan menghancurkan barang-barang kemudian dia datang kembali dengan membawa senjata tajam bertujuan mahu menghalakan kepada saya tetapi sekali lagi dihalang oleh adik. Adik saya kemudian menjadi sasarannya.
Akan tetapi, tindakannya itu berjaya dihalang oleh anak lelakinya sambil. Dalam masa yang sama kedengaran kedua-dua beranak ini sedang bertengkar sementara wanita ini menangis ketakutan sambil merakam perbuatan kejam bapanya itu.
Pihak polis jalankan siasatan
Menerusi kapyen yang ditulis oleh wanita ini, kejadian yang menimpa mereka itu berlaku pada 6 April 2021 yang lalu. Menurut wanita ini, bapanya mula ‘naik hantu’ dan mahu ‘membunuh’ selepas dia dan adik lelakinya itu mempertahankan ibu mereka yang telah melarikan diri dari rumah kerana takut dipukul.
Sementara itu, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini. Difahamkan, mereka sudah pergi ke rumah terbabit tetapi lelaki itu tiada di rumah dan yang ada hanyalah seorang wanita. Tetapi pihak polis tidak pasti sama ada wanita tersebut adalah individu yang merakam video terbabit atau pun bukan.
Detik cemas hampir dipukul
View this post on Instagram
Bapa kandung nak bunuh
Sumber: Tribunnews, Sheyriela