
Susulan isu jenayah seksual melibatkan Da’i Syed, pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan PU Rahmat Ikhsan menasihati golongan agamawan supaya tidak mempertahankan kes tersebut.
Artikel Berkaitan: Da’i Syed Menangis, Hukuman Penjara 10 Tahun & Tiga Sebatan Berkuat Kuasa Serta-Merta
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Rasa Bangga & Megah Dengan Pangkal Nama Syed’ – PU Syed
Nasihat Rahmat
View on Threads
PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, 33, menegaskan tentang perkara berkenaan menerusi hantaran di Threads.
Dalam masa sama, Rahmat juga menekankan tentang hukuman mahkamah terhadap Da’i Syed, selain proses rayuan yang boleh dilakukannya.
Para pendakwah jangan mempertahankan kezaliman rogol yang dilakukan Syed Iqmal.
Sudah dua kali dia dijatuhkan hukuman mahkamah bererti hakim sudah memberikan keputusan
Syed Iqmal masih ada peluang untuk merayu kerana ia hak dijamin perlembagaan.
Bukan semua khilaf
Sementara itu, Rahmat sebelum ini bertindak memadam kenyataannya berkenaan persepsi negatif segelintir pihak terhadap golongan pendakwah.
Wahai bakal isteri, satu je saya minta awak paham. Bukan semua ustaz atau pendakwah kerja dia kacau wanita apatah lagi rogol wanita.
Menurut Rahmat, tindakannya itu adalah untuk mengelakkan tercetus rasa kurang senang dalam kalangan rakan-rakan seperjuangannya.
Sengaja saya padam sebab kesian dekat PU (Pencetus Ummah) soleh lain yang mungkin tak selesa dengan ayat saya.
Ramai PU lain atau ustaz selebriti lain ada isteri yang solehah dan mereka terkesan bila isu Da’i Syed.
Kita mungkin boleh cakap “Dah suami kau tak buat salah, yang kau terasa kenapa?”
Entahlah..barangkali terasa bukan sebab bersalah tapi hanya jentikan hati.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap Da’i Syed atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.
Pemilik nama Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful itu kekal berdepan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen sebelum ini.
Sumber: Threads PU