Dek kerana memiliki nama sama, pendakwah bebas PU Syed dilihat turut terpalit dengan isu seorang pendakwah selebriti yang dihukum akibat perbuatan jenayah seksual baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Syed Gesa Coach Cerai Perjelas Status Kelayakan – ‘Adakah Dia Bertauliah & Tahu Hukum Agama?’

Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Muzik Video ‘Sempurna’ – ‘Paling Sampah, Separuh L*cah!’

Hapus nama Syed

Menerusi hantaran di Instagram, PU Syed berkongsi mesej daripada seorang individu yang mencadangkan kepadanya untuk membersihkan nama pangkalnya iaitu ‘Syed’.

PU Syed kemudian menegaskan bahawa nama atau keturunan seseorang tidak memberikan sebarang kelebihan, namun yang penting adalah sentiasa memastikan diri sendiri dan insan lain berada di jalan Allah SWT.

Kata hamba Allah tu saya kena bersihkan nama Syed.

Keturunan ini tak perlu dibersihkan kerana ianya adalah anugerah Allah. Tiada kebangaan dan tiada rasa megah dengan pangkal Syed berada di depan nama.

Yang perlu dibersihkan adalah orang-orang yang membawa nama Syed itu.

Sudah pasti di sana akan ada manusia yang tergelincir dari landasan yang benar maka tugas kita semua, untuk menyelamatkan saudara kita tak kira apa keturunananya.

Jadikan pengajaran

Dalam masa sama, pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak itu menegaskan bahawa isu yang melibatkan pendakwah selebriti sebelum
ini hendaklah dijadikan iktibar terutama untuk mereka yang bergelar pendakwah.

Apa yang berlaku kepada selebriti tu boleh menjadi ibrah buat semua pendakwah. Semua kita ada nafsu dan sudah pasti terdapat gerombolan syaitan yang akan selalu menghasut sehingga kita terbabas.

Justeru, PU Syed menasihati orang ramai supaya tidak lagi menyebarkan aib pendakwah selebriti tersebut kerana dia sudah menerima hukuman yang setimpal.

Dia didapati bersalah, dan sudah mula dikenakan hukuman atas perbuatannya itu. Kita tak boleh nak berterusan menyebut keaibannya. Dosa dengan Allah ni bila mana Muslim bertaubat kepadaNya, Allah akan terima.

Kita pula yang tak habis-habis mencanang dosa? Yang pernah dilakukan oleh orang lain, apalah nasib kita nanti di akhirat sana.

Apabila wujud dosa berkait sesama manusia ni, aib kita masih Allah jaga dan masih ada air muka buat kita, namun bagi saudara kita itu Allah telah dedahkan dari awal lagi di dunia ini untuk dia kembali kepadaNya sebagai seorang hamba yang pernah melakukan dosa.

Apa yang membezakan kita semua adalah taqwa kepada Allah.

Sumber: Instagram PU Syed