berita

Park Shin Hye & Choi Tae Joon Sah Kahwin

January 22nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas mengumumkan berita kehamilan, akhirnya pelakon Park Shin Hye dan aktor Choi Tae Joon sah bergelar suami isteri pada hari Sabtu.

Nikah di gereja

Memetik laporan Allkpop, pasangan ini selamat disatukan dalam sebuah majlis yang diadakan di gereja yang terletak di Seoul.

Ramai ahli keluarga, rakan-rakan, dan kenalan yang meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan itu bagi mengucapkan tahniah kepada Park Shin Hye dan Choi Tae Joon.

Majlis gilang-gemilang itu turut dimeriahkan dengan persembahan daripada rakan terdekat pasangan terbabit iaitu Hongki F.T. Island, EXO D.O, Crush dan Lee Juck.

Ramai rakan selebriti hadir

Di samping itu, antara tetamu lain yang dilihat hadir ke majlis perkahwinan itu adalah Ryu Jun Yeol, Seolhyun AOA, Nam Goong Min, Lee Seo Jin, Lee Se Young, Seulong 2AM, Chansung 2PM, Kim Bum dan ramai lagi rakan industri.

Rata-rata tetamu yang hadir menyifatkan majlis tersebut sebagai “Ia benar-benar majlis perkahwinan seorang lelaki dan wanita yang cantik.”

Terdahulu, Park Shin Hye dan Choi Tae Joon mula menjalinkan percintaan pada penghujung 2017, bagaimanapun mereka hanya mendedahkan hubungan tersebut kepada umum pada Mac 2018.

Sumber: Allkpop

Foto: Instagram @salt_ent

SKIP THIS AD ×