berita

‘Park’ Telefon Atas Lantai Untuk Konten, Gadis Cemas Telefon Dilarikan Monyet

March 4th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Seorang wanita yang memasang niat untuk merakam konten media sosial akhirnya meraih populariti dengan cara yang mengundang tawa ramai. Tular di media sosial Indonesia situasi ketika seekor monyet mengambil telefon milik wanita itu yang diletakkan di atas lantai.

‘Cemburu tak diajak masuk video’

Gambar sekadar hiasan

Menerusi video yang tular itu, wanita tersebut dilihat meletakkan telefonnya di atas lantai lalu berjalan menjauhi telefon. Kemudian, dia berdiri bersama rakannya untuk mencipta kandungan media sosial, tiba-tiba kedengaran seorang rakannya menjerit, dan rakaman menunjukkan pandangan langit.

Rupa-rupanya, seekor monyet telah mengambil telefon wanita itu. Dapat dilihat di dalam rakaman tersebut, kaki dan badan monyet yang sedang membawa lari telefon tersebut. Wanita itu kemudian mengejar haiwan berkenaan sambil menjerit panik, dan akhirnya berjaya mendapatkan telefonnya kembali.

Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

Mungkin dia cemburu tidak diajak masuk ke dalam video.

Nasib baik dapat balik telefon itu.

Video penuh

Sumber: Suara.com

SKIP THIS AD ×