Baru-baru ini tular video seorang lelaki sedang mengawal kemarahan di kuil sehingga mencetuskan parodi di media sosial. Video berdurasi 9 saat itu menjadi parodi netizen dengan menggunakan hashtag #Deychallenge dan #Theyychallenge.
Menerusi Sinar Harian, lelaki terbabit menyifatkan tindakan netizen yang membuat aksi itu melucukan. Dia turut memberita tidak sengaja untuk membuat mimik muka demikian.
Saya tak sengaja
Kalau itu menggembirakan mereka, biarkanlah. Saya bukan sengaja, kalau awak tengok kawan awak muka kena potong keluar darah, kita tolong mereka pada masa itu.
Saya buat begitu kerana terlalu kecewa dengan keadaan yang berlaku pada masa itu.
Menurut Kanagarajah, dia tidak kisah dengan aksi netizen menirunya dan memberitahu tidak sengaja membuat mimik muka seperti itu. Malahan dia mengaku terhibur dengan koleksi parodi #deychallenge tersebut.
Koleksi #deychallenge
Sumber : Sinar Harian