Isteri kepada pelakon Kamal Bakar iaitu Sarina Shariff mengesahkan suaminya itu masih ditidurkan susulan masalah kesihatan yang dihidapinya.
Artikel Berkaitan: Pelakon Kamal Bakar Ditidurkan Di ICU, Anak Maklum Bapa Hidap Kanser Paru Paru – ‘Puncanya Ayah Kerap Batuk’
‘Jika berpunca daripada kanser, kami kena reda’
Memetik laporan Berita Harian, Sarina, 56, berkata sehingga kini pihak hospital masih belum dapat mengesan jenis kanser yang dihidapi suaminya itu.
Semalam (kelmarin) ada nampak tanda-tanda macam suami sudah hendak sedar. Tetapi doktor terpaksa tidurkan semula kerana tidak mahu suami berlawan dengan ubat.
Tambah Sarina lagi, doktor turut memberikan anitbiotik kepada suaminya yang turut mengalami masalah paru-paru rosak, radang serta jangkitan kuman.
Paru-paru suami sudah rosak dan alami radang serta jangkitan kuman. Jadi, doktor terpaksa beri antibiotik paling kuat untuk merawat kuman.
Doktor beritahu, andai kerosakan paru-paru berpunca daripada kuman, Insya-Allah antibiotik boleh sembuh. Tetapi, jika berpunca daripada kanser, kami kena reda.
Difahamkan, Kamal yang mengalami kesukaran untuk berjalan dan batuk berpanjangan sejak Aidilfitri lalu telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan sebelum dia disahkan menghidap kanser.
Suami takut pergi hospital sebab bimbang ditidurkan. Suami tidak mahu jenazah akhirnya disambut kami. Tetapi, saya pujuk perlahan-lahan. Saya beritahu pergi ke hospital untuk ambil oksigen dan akhirnya dia setuju.
Apabila tiba di hospital, suami diletakkan di zon merah kerana kadar oksigen kurang baik. Disebabkan oksigen diberi membuatkan dia lemas, doktor terpaksa tidurkan kerana tidak mahu sakitkan dia.
Untuk rekod, Kamal mendirikan rumah tangga dengan Sarina pada 1988 dan dikurniakan lima cahaya, termasuk pelakon Hanis Kamal.
Sumber: Berita Harian