Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai satu video comel aksi seorang pelajar sekolah yang ‘membebel’ dalam loghat utara telah menarik perhatian netizen. Teletah dan gelagat adik kecil ini yang sememangnya lucu dan mencuit hati semua yang menontonnya sehingga seorang pengguna Instagram, Shahrul Nysman tidak lepaskan peluang untuk membuat video parodi adik ini. Kelakar!
‘Bebel’ dalam loghat utara
https://www.facebook.com/pu3berserie94/posts/2875053575944338?comment_id=2876040079179021&reply_comment_id=2876040365845659¬if_id=1577937103543012¬if_t=comment_mention
Menerusi video yang viral sebelum ini, ragam adik Sumayyah atau lebih dikenali dengan nama Mayyah yang baru pulang dari sesi persekolahan telah mencuit hati netizen yang rata-ratanya memuji kecomelan dan gelagat adik Mayyah. Video tersebut dikatakan telah dirakam oleh ibunya, Puteri Seri Mawar sebelum dia berkongsi video tersebut di laman Facebook miliknya.
Teletah adik Mayyah yang berbicara dalam loghat utara bersama ibunya di dalam kereta sambil ‘membebel’ dan menceritakan pengalaman di hari pertama persekolahan. Gelagat lucu adik Mayyah ini sekaligus telah mengundang orang ramai untuk membuat ‘parodi’.
Parodi adik Mayyah
https://www.instagram.com/p/B67vSZCJfNc/?utm_source=ig_web_copy_link
Terbaru, seorang pangguna Instagram yang dikenali dengan nama Shahrul Nysman, turut mengambil kesempatan membuat parodi gelagat Adik Mayyah. Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan parodi Shahrul. Gaya percakapan dan tudung yang dipakai lelaki ini dikatakan seiras adik Mayyah.
Tidak cukup dengan itu, netizen juga turut memerli bahawa Shahrul dikatakan seakan-akan seperti ‘kakak’ adik Mayyah dan tidak kurang juga yang mengatakan Shahrul seperti ‘gambaran’ adik Mayyah ketika dia sudah meningkat dewasa kelak. Video parodi itu sememangnya kelakar sehingga telah mendapat tontotan sebanyak 55.9k dan turut dikongsikan semula oleh netizen di Twitter dan Facebook.
Sumber: Puteri Seri Mawar, Shahrul Nysman