berita

Pasangan Gay Di Aceh Menangis Ketika Disebat Sebanyak 80 Kali

January 29th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Foto: CNN Indonesia

Di Banda Aceh, Indonesia, dua orang individu yang dipercayai pasangan gay telah disebat di hadapan orang awam. Ini kerana, pasangan itu didakwa melakukan hubungan songsang serta melanggar undang-undang Islam bandar tersebut.

Menerusi laporan CNN Indonesia, kedua-dua mereka disebat hampir 80 kali oleh salah seorang pegawai syariah yang memakai topeng semasa melaksanakan hukuman rotan tersebut.

Tak tahan sakit

Foto: CNN Indonesia

Menurut laporan CNN, pasangan gay itu merayu agar hukuman sebat yang dikenakan terhadap mereka perlu dihentikan serta merta. Mereka berdua dipercayai menangis kerana tidak mampu menahan kesakitan sepanjang menjalani hukuman tersebut.

Susulan daripada itu juga, pegawai syariah telah menghentikan sementara hukuman tersebut dan memberi kebenaran buat pasangan itu untuk minum air terlebih dahulu. Setelah selesai diberi masa untuk minum air, kedua-dua mereka kembali meneruskan hukuman tersebut. Ibu kepada salah seorang pesalah dikhabarkan telah pengsan sebaik sahaja melihat anaknya itu disebat.

Hukuman adalah muktamad

Foto: CNN Indonesia

Menurut pegawai hukuman awam, Heru Triwijanarko, hukuman syariah adalah muktamad tanpa mengira siapa pesalahnya. Tambah beliau, pelawat yang mengunjungi bandar tersebut juga perlu menghormati undang-undang tempatan.

Mengulas lebih lanjut mengenai penangkapan pasangan gay tersebut, Heru memberitahu bahawa mereka berjaya menahan kedua-dua lelaki itu pada bulan November tahun lalu. Penangkapan tersebut dibantu oleh pemilik kediaman rumah sewa pasangan tersebut. Semasa serbuan dilakukan, kedua-dua pesalah berada dalam keadaan separuh bogel dan mencurigakan.

Jelas Heru lagi, hubungan sejenis bukan satu kesalahan di Indonesia kecuali Aceh yang menjadi satu-satunya wilayah yang melaksanakan hukuman syariah. Ujar beliau lagi, kesalahan lain seperti berjudi, minum alkohol dan zina turut dikenakan hukuman yang sama iaitu sebat. Terdahulu, Presiden Indonesia, Joko Widodo pernah meminta hukuman sebatan perlu dihentikan di Aceh. Namun, penduduk di bandar tersebut tidak memberi sokongan mengenai cadangan itu.

Sumber: CNN Indonesia

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×