berita

Pasangan Jarak Jauh Boleh Rentas Negeri Mulai Esok Dengan Syarat..

January 26th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebentar tadi, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan berita gembira buat pasangan jarak jauh. Menurut beliau, pasangan jarak jauh ini diberi kebenaran untuk merentas negeri dengan syarat mendapatkan kebenaran pihak polis.

Boleh pulang ke pangkuan keluarga

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan baru dilaksanakan, pihak kami menerima permohonan daripada pasangan jarak jauh yang merayu untuk pulang berjumpa dengan pasangan mereka termasuk anak-anak. Hasil perbincangan sidang khas dan di astas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, kerajaan setuju untuk memberi kebenaran buat mereka yang berjauhan atas sebab kerja.

Ujar Ismail Sabri, kerajaan memberi kebenaran buat pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan untuk berjumpa antara satu sama lain dengan syarat mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis. Tambah beliau, kebenaran tersebut dikuatkuasakan esok. Di samping itu, beliau turut memberi nasihat kepada pasangan yang bergejala agar tidak merentas negeri dan pulang ke pangkuan keluarga sekiranya mereka masih belum melakukan swab test dan mempunyai gejala.

Sumber: Buletin TV3

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×