berita

Pasangan Kekasih Terlanjur Tergamak Buang Mayat Bayi Dalam Lubang Najis

June 24th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Beberapa cebisan tubuh bayi ditemui dalam lubang kumbahan najis di sebuah rumah yang terletak di Kampung Kandang, Melaka.

Bayi meninggal ketika dilahirkan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Berita Harian, bayi lelaki tersebut dipercayai dilahirkan oleh seorang wanita yang berusia 23 tahun dalam tandas rumah sewanya. Tetapi malangnya, saat dilahirkan bayi itu dikatakan sudah tidak bernyawa.

Tanpa berfikir panjang, si ibu kemudian menyerahkan mayat bayi tersebut kepada teman lelakinya dan dia langsung tidak mengetahui apa yang dilakukan ke atas mayat tersebut sama ada dia ditanam atau dibakar.

Akhirnya terbongkar

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka iaitu Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, pihak polis telah menerima laporan daripada seorang pengurus pengawal keselamatan di sebuah kilang mengenai salah seorang kakitangannya yang telah melahirkan anak selain pernah memakan sejenis ubat untuk menggugurkan kandungan yang dibelinya di laman Facebook.

Hasil daripada soal siasat kedua-dua suspek, pasangan kekasih ini akhirnya membongkarkan lokasi mayat bayi itu dibuang. Pihak polis bersama-sama Jabatan Bomba dan Penyelmat Malaysia (JBPM) kemudian berjaya menemui beberpa cebisan tubuh badan bayi berkenaan. Sementara itu, kedua-dua suspek akan ditahan untuk membantu siasatan selain merampas telefon bimbit milik suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×