April lalu, dua wanita ditangkap gara-gara cuba melakukan hubungan sejenis di dalam kereta di Dataran Arena Square, Dungun. Sebelum ini, NSTP melaporkan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu menjatuhkan hukuman denda RM3,300 dan enam sebatan terhadap dua wanita pada 28 Ogos lalu namun terpaksa ditangguhkan.
Walau bagaimanpun, hukuman sebat itu dilakukan hari ini disaksikan kira-kira 100 orang buat pertama kalinya di Terengganu.
Disaksikan 100 orang
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan perhubungan seks di dalam kereta di Dataran Arena Square, Dungun, 1.50 tengah hari, pada 8 April lalu.
Hukuman sebatan di khalayak umum yang dikenakan terhadap pasangan kekasih songsang berusia 22 dan 32 tahun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu berjalan dengan lancar dengan disaksikan kira-kira 100 orang.
Terdahulu, wanita yang berusia 22 dan 32 tahun telah didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah mengaku salah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
Kedua-dua pesalah menjalani hukuman sebatan enam kali seorang di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu pada 10.10 pagi tadi.
Pertama kali dilaksanakan
Hukuman sebatan di khalayak umum yang dilaksanakan hari ini adalah yang pertama kali dilakukan di negeri ini. Bagaimanapun, hukuman dilaksanakan di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
Turut hadir bagi menyaksikan hukuman adalah ahli keluarga pesalah, wakil badan peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media. Selain itu, turut menyaksikan hukuman itu adalah Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat; dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Amzad Hashim.
Disebat hari ini
Sumber : Harian Metro