Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh Islamik ditahan reman 4 hari bagi membantu siasatan mengenai salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.
Artikel Berkaitan: Pasangan Pempengaruh Ditahan SPRM Isu Seleweng Kutipan Derma, Dibawa Ke Mahkamah Esok
Artikel Berkaitan: Aisyah Hijanah Nafi ‘Makan’ Duit Derma, Aset Diperoleh Atas Usaha Sendiri – ‘Mereka Berhak Nikmati Hasil Keuntungan Perniagaan Untuk Tujuan Peribadi’
Empat hari tahan reman
Perintah tahanan reman yang bermula Khamis sehingga 14 Julai itu dikeluarkan Hakim Majistret Irza Zulaikha Rohainuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.
Menurut peguam yang mewakili pempengaruh berkenaan, Abd Rahim Ali, dua anak guamnya direman di bawah Seksyen 23 Akta SPRM.
Mereka direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 14 Julai atas Seksyen 23 Akta SPRM, salah guna kuasa.
Sementara itu, ditanya adakah siasatan hari ini berhubung penyelewangan wang seperti dilaporkan sebelum ini, Abd Rahim menafikan perkara berkenaan.
Kalau tanya saya tidak sama, lain (penyelewengan wang). Jika lihat Seksyen 23 adalah pegawai awam di badan awam menyalahguna kedudukan untuk mendapatkan suapan.
Terdahulu, pasangan tersebut hadir di Mahkamah Majistret Putrajaya pada jam 9.20 pagi Rabu bagi permohonan reman.
Sebelum ini, media melaporkan pasangan tersebut yang terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Rabu.