Sepasang suami isteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu selepas terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan derma.
Artikel Berkaitan: Aliff Teega Nafi Terlibat Komisyen Derma 20%, Nasihat Jangan Mudah Percaya Cerita Satu Pihak – ‘Saya Hidup Dimaki Satu Malaysia Akibat Poligami’
Dibawa ke mahkamah esok!
Memetik laporan Harian Metro, pasangan suami isteri yang juga merupakan pempengaruh itu ditahan pihak SPRM sekitar jam 6.40 petang bagi membantu siasatan.
Tahanan itu dibuat atas dakwaan membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit namun difahamkan tidak disalurkan wang tersebut secara betul.
Pasangan itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya jam 9 pagi esok untuk permohonan reman.
Terdahulu, pempengaruh berkenaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti mana yang tular di media sosial.
Sumber: Harian Metro