berita

Pasangan Romantis Jo Jung Suk & Gummy Kini Menanti Kelahiran Cahaya Mata Pertama Mereka, Tahniah!

January 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

ANNYEONGHASEYO!!! Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan industri hiburan Korea, sudah pasti anda mengenali pasangan romantis iaitu pelakon popular Jo Jung Suk dan isteri, Park Ji-yeon atau lebih dikenali dengan panggilan Gummy.

Terbaru, pasangan ini telah mengumumkan satu berita gembira tentang kehamilan pertama Gummy kepada semua peminat mereka. Pendedahan itu dilakukan secara ekslusif menerusi satu kenyataan media di Korea.

Sah hamil anak pertama

Sebelum ini,  Jo Jung Suk dan pasangan telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2018 setelah lima tahun menempuh alam percintaan. Kini, pasangan merpati dua sejoli ini sekali lagi memberi kejutan dengan mengumumkan berita gembira tentang kehamilan pertama Gummy.

Menerusi Koreaboo yang dipetik laporan daripada media Ilgan Sports, Gummy memberitahu bahawa dia akan lebih menfokuskan untuk menjaga kesihatan diri dan kandungannya memandangkan ini merupakan kehamilannya yang pertama.

Kandungan cecah 7 minggu

Dalam pada itu, pasangan ini memaklumkan Gummy bakal menyambut kelahiran bayi pertamanya itu pada separuh kedua tahun 2020.

Sementara itu, C-JeS Entertainment yang juga merupakan agensi Gummy turut mengesahkan tentang berita gembira kehamilan tersebut.

Gummy disahkan hamil dan pasangan ini dilihat sangat teruja dengan berita tersebut.

Mereka kini lebih berhat-hati memandangkan usia kandungannya baru mencecah tujuh minggu. Gummy juga telah merancang untuk mengurangkan aktiviti seni untuk menjaga kehamilannya.

Sumber: Koreaboo

SKIP THIS AD ×