berita

Pasangan Selebriti Rentas Negeri Ke Sabah Bakal Dipanggil Polis

March 24th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Pasangan selebriti

Sebelum ini, kisah mengenai satu pasangan selebriti yang didakwa telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang pelaksananaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencuri perhatian netizen. Pasangan ini ke Sabah atas urusan kerja namun telah dituduh ke sana untuk berbulan madu.

Susulan daripada itu, menerusi kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah, menjelaskan pasangan ini telah memohon kebenaran untuk merentas negeri bagi urusan perniagaan.

Akan dipanggil untuk beri keterangan

Foto: Pasangan selebriti

Berdasarkan dokumen yang telah dikemukakan pasangan ini, pihak polis telah meluluskan permohonan merentas negeri itu bermula 21 Mac hingga 29 Mac 2021. Walau bagaimanapun, pasangan ini akan dipanggil ke balai polis sebaik sahaja pulang dari Sabah bagi memberikan keterangan.

Pasangan ini dikatakan pergi berbulan madu di kawasan peranginan dan telah mengakibatkan orang ramai mempertikaikan bagaimana mereka mendapat kebenaran rentas negeri ke Sabah. Setakat ini, pasangan tersebut masih berada di Sabah dan akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis sebaik sahaja mereka kembali ke Semenanjung.

Pada masa yang sama, pihak polis sedang menjalankan siasatan yang terperinci dan tindakan akan diambil jika pasangan ini memberikan keterangan palsu.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan di atas budi bicara pihak polis dalam memberikan kebenaran rentas negeri bagi urusan perniagaan, kerja, atau pun kecemasan.

Terdahulu, pasangan ini memuat naik beberapa entri Instastory di laman Instagram yang memaparkan foto mereka sedang menaiki bot dan makan malam romantik di negeri tersebut. Perkongsian tersebut secara tidak langsung telah mengundang kecaman yang hebat daripada netizen.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

SKIP THIS AD ×