berita

Pasangan Suami Isteri Dijumpai Meninggal Dunia Dalam Rumah, Isteri Positif Covid-19

June 8th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Semalam, media melaporkan mengenai penemuan pasangan suami isteri yang meninggal dunia di ruang tamu kediaman mereka di Taman Kota Masai, Kelantan, dua hari lepas.

Difahamkan, menerusi ujian saringan yang dijalankan si isteri berusia 61 tahun disahkan positif Covid-19, manakala suaminya yang berusia 68 tahun dipercayai mengalami beberapa komplikasi kesihatan.

Ditemui oleh anak angkat

Ujar Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak pihaknya menerima laporan mengenai kematian pasangan ini pada jam 1 tengah hari. Difahamkan, pasangan ini tidak mempunyai sebarang anak kandung dan mayat mereka dapat dikenal pasti susulan anak angkatnya yang bertindak pergi melawat rumah mereka berikutan panggilan telefon yang tidak terjawab.

Mayat pasangan suami isteri ini telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi proses bedah siasat.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua pasangan tersebut dipercayai meninggal dunia dalam tempoh 48 jam. Si suami dipercayai mempunyai penyakit kronik termasuk sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, kematiannya berpunca daripada sejarah penyakit yang dihidapinya itu.

Isterinya pula mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis, turut disahkan positif Covid-19 hasil ujian saringan dijalankan selepas kematiannya.

Dikenali ramai

Sekadar gambar hiasan

Ujar jiran kepada pasangan ini, dia menceritakan hanya mengetahui kematian pasangan ini susulan anak angkatnya yang bertindak memberitahunya akan perkara tersebut.

Anak angkat jiran saya nangis teresak-esak menyatakan kedua-dua ibu bapa angkatnya sudah tiada. Kali terakhir saya dia bertemu dengan pasangan itu pada minggu lalu dan beberapa hari lalu ada terserempak dengan anak angkatnya itu dan menyapanya serta bertanya khabar ibu bapa angkatnya.

Mereka pernah beritahu ada sakit kencing manis dan darah tinggi dan hanya jiran perempuan yang sering keluar rumah untuk membeli barang dapur, manakala suaminya hanya di rumah.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Mak Besah memang dikenali ramai kerana pandai berubat dan suaminya dikenali sebagai Pak Bakar.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×