berita

Pasaraya, Peniaga Kena ‘Denda’ Jika Masih Guna Beg Plastik Tahun Depan

October 17th, 2018 | by Arini Saleh
Kini Trending

Caj pencemaran akan dikenakan kepada pasaraya, rangkaian kedai dan restoran yang masih menggunakan beg plastik konversional dalam perniagaan. Menerusi laporan Harian Metro, caj tersebut akan berkuasa bermula tahun depan.

Tarikh pelaksanaan dan caj bayaran pula bergantung kepada kerajaan negeri masing-masing.

Tiada lagi beg plastik

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, kerajaan negeri diberi tempoh selama tiga tahun dari 2019 sehingga 2021 untuk melaksanakan caj pencemaran tersebut.

Kerajaan negeri akan menentukan nilai caj dan bila ia akan dilaksanakan. Kita serahkan kepada kerajaan negeri bila mahu mengumumkan perkara ini kerana setiap negeri mempunyai tahap kesedaran yang berbeza.

Kutipan caj ini akan dikumpulkan dalam satu tabung dan dana boleh digunakan untuk tujuan seperti kempen kesedaran atau memberi beg beli-belah boleh guna semula kepada orang awam. (Tetapi) Ia tidak boleh digunakan bagi tujuan lain.

Selain itu, kita juga berharap dapat meningkatkan bilangan pengeluaran beg plastik boleh terurai pada kadar yang kompetitif bagi kemudahan pengguna.

Beliau berkata lagi, kebebasan untuk menentukan nilai caj dan tarikh pelaksanaan diberi kepada setiap kerajaan negeri. Malah, kutipan caj akan dimasukkan ke dalam satu tabung untuk kegunaan kempen atau memberi beg guna semula untuk kegunaan orang awam.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×