Pelakon Alvin Chong mendedahkan barang-barang berharganya pernah dicuri ketika bercuti ke beberapa buah negara sebelum ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nampak Macam Something & Sesuatu Je’ – Netizen
Artikel Berkaitan: Alvin Chong Mahu Cuba Nasib Di Luar Negara, Bakal Muncul Dengan Lagu Ciptaan Sendiri
Trip solo
Pemilik nama sebenar Alvin Chong Chean Wah ini berkata dia sering bercuti ke luar negara sendirian kerana jadual kerja yang tidak menentu.
Justeru itu, jika ada sedikit masa dia akan mengambil peluang tersebut untuk merehatkan badan dan minda.
Sebab jadual saya susah sangat nak control. Kalau rancang awal mesti tak jadi sebab akan ada tuntutan kerja last minit.
Jadi trip saya selalu last minit juga. Nak ajak sesiapa untuk pergi trip last minit memang tak akan ada siapa yang boleh ikut. Tapi kalau ada yang nak ikut saya tak ada masalah boleh sahaja.
Alvin berkata demikian ketika ditemui OhBulan! semasa sidang media Viu Journal Sara-Heyo pada Khamis.
Dalam pada itu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini juga berkongsi tentang pengalamannya kehilangan barang-barang berjenama ketika bercuti di luar negara.
Jam, beg dan pasport saya pernah kena curi di London. Masa tu saya letak beg saya untuk ambil gambar tahu-tahu je beg dah tak ada.
Sebelum ini saya ke Barcelona, ada seorang lelaki datang dari sebuah kedai dan sedang pegang duit. Dia datang dan bertanya kepada saya kalau saya ada wang tukar, saya terus cakap tak ada. Tiba-tiba dia tarik tangan dan curi jam saya.
Bagaimanapun, aktor berusia 32 tahun ini tidak serik untuk bercuti ke luar negara namun dia akan lebih berhati-hati selepas ini.
Takut tu tidak lah. Cuma kena lebih berhati-hati sebab pergi ke tempat-tempat macam itu dan tak boleh pakai barang-barang berharga.