berita

‘Pastikan Mohon Maaf Pada Ibu Bapa, Tidak Kira Berapa Kali Ulangi’ – Iqram Dinzly Nasihat Ismail Izzani

November 30th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Minggu lalu, penyanyi Ismail Izzani mengaku kesilapan selepas tular video memaparkan aksi seorang lelaki sedang berciuman dengan wanita seksi di sebuah kelab hiburan menerusi aplikasi TikTok.

Artikel Berkaitan: ‘Mengata Anak Orang Memang Seronok’ – Suliza Salam

Artikel Berkaitan: Tak Mahu Buang Masa Jawab Kontroversi ‘Cium’ , Ismail Izzani Mengaku Salah

Minta maaf dekat ibu bapa

Rakan selebriti iaitu aktor Iqram Dinzly menasihati Ismail atau lebih mesra disapa Mael untuk memohon maaf kepada kedua ibu bapanya.

Kata aktor berumur 41 tahun, Mael juga perlu bertaubat dengan Allah SWT atas kesilapan sendiri.

Masya-Allah apa pun yang terjadi pastikan mohon maaf pada ibu bapa dan solat taubat kepada Allah. Mohon kemaafan pada Yang Maha Esa.

Itu lebih indah Ismail. Tidak kiralah berapa ulangkali awak mengulangi.

Titip doa

Dalam pada itu, pemilik nama Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin mendoakan kesejahteraan seisi keluarga Mael.

Doa saya rahmat Allah mengiringi dan melindungi awak seisi keluarga. Amin.

Pada Sabtu lalu, media melaporkan penyanyi lagu Sabar itu menolak permintaan untuk ditemubual bagi mendapatkan komen lanjut mengenai kontroversi yang berlaku.

Selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusan, Ismail terus pulang sejurus selesai membuat persembahan lagu Habis Sini berkolaborasi dengan Naim Daniel di Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Terdahulu, video kontroversi yang berdurasi tujuh saat itu menyaksikan Ismail merangkul gadis seksi sambil mengucup pada bahagian pipi dan lehernya.

Sumber: Instagram @iqramdinzlyofficial

SKIP THIS AD ×