berita

‘Patik Akan Lipat Gandakan Usaha Untuk Berkhidmat Bagi Warga Muar’ – Syed Saddiq

June 5th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Instagram menjawab soalan yang diajukan oleh rakyat jelata berkenaan pandangannya terhadap Yang Berhormat (YB) Muar, Syed Saddiq.

Artikel Berkaitan: ‘Dia Dari Muar Ke?’ – Jawab Soalan Netizen Di IG, TMJ Minta Syed Saddiq ‘Jujur’ Kepada Rakyat

Terbaru, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq tampil memberikan respon menerusi satu video yang dimuat naik di media sosialnya.

Respon Syed Saddiq

Foto: Syed Saddiq

Ujar Syed Saddiq, beliau amat berterima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia (DYM) Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana sentiasa prihatin akan kebajikan warga Muar. Jelasnya lagi, beliau sentiasa terbuka dalam menerima apa-apa kritikan dan cadangan yang boleh diimplementasikan daripada mana-mana pihak.

Sebagai wakil rakyat, patik sentiasa terbuka terhadap kritikan dan cadangan dan jalan penyelesaian daripada semua pihak termasuk DYM Tunku Mahkota Johor.

Pada masa yang sama, Syed Saddiq juga sempat menjelaskan sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan olehnya walaupun peruntukan bagi kawasan Muar telah ditarik.

Setakat ini, patik telah berjaya menyampaikan anggaran 1,000 laptop dan tablet kepada keluarga susah di Muar. Lebih 7,000 food bucket juga diberikan kepada keluarga yang memerlukan. Kini, sedang menjalankan program vaksinasi  untuk menghantar rakyat Muar ke Johor Bahru untuk tujuan vaksin.

Bekas pelajar jurusan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM) menjelaskan beliau akan sedaya upaya untuk meningkatkan lagi bantuan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat warga Muar.

Patik tahu bantuan ini tidak mencukupi dan patik akan melipat gandakan usaha patik supaya patik dapat memberikan khidmat yang lebih baik buat warga Muar. Terima kasih DYM TMJ, terima kash.

Video penuh

 

Sumber: Syed Saddiq

SKIP THIS AD ×