Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan tahap kesihatan isteri kepada pengarah dan penerbit, Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail berada dalam keadaan kurang baik.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Sayang Puteri Sarah Kerana Dia Menantu Yang Baik, Tapi Kebahagiaannya Digugat Penyondol Kejam’ – Patimah Ismail
Artikel Berkaitan: ‘Alhamdulillah, Silaturrahim Kami Teruskan Demi Cucu Tercinta’ – Patimah
Kesihatan makin baik
Terbaharu, Patimah ketika ditemui OhBulan! mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini.
Katanya, dia juga tidak lagi duduk di rumah dan mampu untuk mengikuti suaminya menghadiri undangan ke beberapa majlis.
Alhamdulillah, tahun ini saya lebih sihat. Boleh hadir banyak acara dengan datuk. Tahun lepas saya memang berkurung di rumah, dengan apa yang berlaku. Tapi Alhamdulillah, tahun ini saya gembira balik.
Patimah berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2024 yang diadakan di Le Meridein Hotel, Petaling Jaya, pada Rabu.
Sementara itu, disoal mengenai sambutan hari raya, ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof itu berkata tahun ini akan dimeriahkan dengan kehadiran menantu, anak dan cucu-cucu yang akan pulang ke rumahnya.
Cucu-cucu selalu balik. Anak-anak Syamsul, selalu balik rumah saya. Setiap minggu cuti sekolah mereka datang. Begitu juga Puteri Sarah.
Sementara itu, Yusof Haslam berkata dia mengharapkan orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat keluarganya dan menyifatkan konflik yang berlaku sebelum ini sebagai satu ujian,
Insya-Allah mudah mudahan. Dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri, segalanya berjalan dengan baik. Apa pun semangat juang kena kuat.
Perjuangan dalam kehidupan kena teruskan selagi kita sihat. Segala yang baik datang daripada Allah dan segala kekurangan datang daripada kita.