berita

Patuh Cakap Ibu, Abang Tangmo Tarik Diri Dari Cari Kebenaran Untuk Keadilan

March 8th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Biarpun sudah lebih 10 hari pelakon Thailand terkenal, Tangmo Nida ditemui terapung dipercayai lemas namun misteri kematian beliau belum lagi terbongkar.

Sebelum ini kecoh apabila ibu Tangmo, Panida Siriyudthayothin membuat keputusan untuk memaafkan dua individu yang menjadi punca kematian dan mengambil wang pampasan bernilai 30 juta BHT (RM3.8 juta).

Artikel Berkaitan: Enggan Ditemu Bual Media & Tak Kisah Bab Duit, Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Barang Kenangan – ‘Bird Ambil Bantal, Patung & Kucing’

Tak nak masuk campur

@utexganu #justicefortangmo ? ????????????????????? – AnAn (??????)

Terbaru, abang Tangmo pula yang tarik diri daripada membela nasib adik tersayang. Peguam Tumm Sittra menyatakan dia mendapat berita yang Khun Dayos tiba-tiba enggan libatkan diri dalam mencari kebenaran apa yang terjadi pada malam 26 Februari.

Sangat berbeza pendirian Khun Dayos kerana dia pada mulanya ingin menegakkan keadilan sehinggakan sanggup ‘melawan’ ibunya dengan melantik peguam yang berbeza untuk menyelesaikan kes ini.

Bagaimanapun, atas dasar ikatan keluarga, Khun Dayos membuat keputusan untuk ‘tunduk’ dengan ibunya.

Ibu suruh peguam berhenti siasat

@lyariss4 Betul lah MONEY IS KING!!!!!!!!!! #tangmonida ? bunyi asal – Cikputerimisha? GSTT?

Sementara itu, Panida turut menghantar sepucuk surat peringatan kepada Peguam Tumm supaya tidak lagi mencampuri kes anaknya itu kerana dia hanya mempunyai seorang peguam iaitu Kritsana.

Sekarang, saya cuma ada seorang peguam sahaja iaitu Kritsana. Saya tak izinkan peguam lain masuk campur. Lagipun siasatan polis sudah berjalan. General polis juga dah berikan saya nasihat dan saranan.

Saya letakkan kepercayaan pada ketelusan pihak polis melaksanakan kerja mereka. Saya tidak mempertikaikan atau berikan tekanan kepada siasatan yang sedang berjalan. Saya biarkan mereka buat kerja mereka. Saya merayu pada Peguam Tumm, jangan terlibat lagi dalam mana-mana hal berkaitan isu Mo. Saya tak lantik Tumm sebagai peguam.

Peguam Tumm ketika ditemui media berkata dia melakukan siasatan tersebut untuk keadilan Tangmo bukan demi wang ringgit.

Dalam hantaran terbaru di Facebook, Peguam Tumm mengakui kecewa dengan sikap Khun Dayos yang sekadar hangat-hangat tahi ayam dalam membongkar teka-teki ini.

Lebih daripada kecewa sebab kena game dengan abang Tangmo. Ingatkan betul nak fight untuk adik tapi lain yang jadi.

Untuk hari ini saya minta rehat dan tak akan bagi update apa-apa. Bagi saya kumpul semangat dan akan terus fight atas kematian Tangmo.

Menerusi laporan media tempatan, pihak polis Thailand memaklumkan setakat ini kematian tersebut adalah berpunca daripada kemalangan sehingga siasatan selesai.

Untuk rekod, mayat Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas. Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Sumber: Khaosod Online, TikTok @utex ganu, @Ecaa

SKIP THIS AD ×