Pelakon Ellie Suriaty mendedahkan dia sudah mengambil suntikan vaksin jenis Sinovac.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tipu Ellie Kata Nak Ke Bengkel Kereta’ – Azri Iskandar Nekad Suntik Vaksin Demi Periuk Nasi, Harap Isteri & Anak-Anak Turut Sama
Lengkap dua dos
Ketika ditemui OhBulan!, Ellie, 51, menegaskan dia bukan antivaksin tetapi sekadar bersuara tentang vaksin.
Kata pemilik nama Ellie Suriaty Omar, dia sudah lengkap dua dos vaksin pada November tahun lalu.
Ya… saya sudah lengkap vaksinasi. Saya ambil suntikan pertama vaksin jenis sinovac pada Oktober dan suntikan kedua pada November tahun lalu.
Apa yang saya ingin jelaskan, saya bukan anti vaksin. Saya cuma persoalankan dan menyuarakan tentang vaksin Covid-19 yang dicipta dalam masa enam hingga lapan bulan saja.
Tak tepat panggil saya anti vaksin. Pada saya, tak salah untuk menyuarakan. Saya bercakap selepas membuat kajian. Saya tak main cakap saja. Tak ada siapa nak dijangkiti Covid.
Guna masing-masing ada cara tersendiri untuk mencegah diri daripada wabak tersebut. Sepanjang saya tak ambil vaksin, tak kena pun Covid.
Ellie berkata demikian ketika majlis pelancaran dan sidang media filem seram terbaharu berjudul Telaga Suriram yang diadakan di The Majapahit, Mont Kiara, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Patuh dengan suami
Dalam pada itu, pengarah terkenal ini akui sebab utama dia mengambil suntikan disebabkan ingin patuh dengan suami tercinta, aktor Azri Iskandar.
Katanya lagi, Azri sudah memberi masa selama dua tahun untuk dirinya menyuarakan tentang vaksin Covid-19.
Suami memberi tempoh kepada saya selama dua tahun untuk menyuarakan tentang vaksin Covid-19. Jadi, sudah tiba masanya untuk saya dan anak mengikut katanya.
Jadi, sebab utama saya ambil suntikan vaksin kerana patuh pada suami. Selagi dia masih suami, saya kena dengar katanya dan hormatinya sebagai suami.
Tapi saya ada cakap pada dia, apa-apa terjadi kepada saya dan anak kami, dia kena tanggung la.
Terdahulu, Ellie dan dua anak mereka yang berusia 17 serta 12 tahun enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan.
Ellie turut mendedahkan suaminya iaitu aktor Azri Iskandar sudah mengambil suntikan vaksin tanpa pengetahuannya demi tuntutan kerja.
Mengulas lanjut tentang tindakan Azri, Ellie berkata dia rasional berkaitan hal itu kerana suaminya perlu keluar bekerja mencari nafkah untuk mereka sekeluarga.