Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila pelakon Ellie Suriaty Omar menemani dua anaknya, Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 12, membuat laporan polis atas alasan mahu mempertahankan hak mereka menolak vaksin Covid-19 yang dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar sekolah.
Artikel Berkaitan: ‘Ya Mereka Anak Saya’ – Ellie Suriaty Didik Anak Jangan Takut Dengan Fitnah Akhir Zaman
Terbaru, Ellie mendedahkan suami tercinta, aktor Azri Iskandar sudah mendapatkan suntikan vaksin tanpa pengetahuannya.
Demi periuk nasi
Ketika dihubungi, Azri Iskandar mengesahkan dirinya sudah lengkap menerima dua dos vaksin jenis Pfizer pada 16 Ogos lalu.
Menurut Azri, 53, dia akui berasa risau selepas kerajaan menetapkan syarat wajib untuk lengkap vaksin sebelum dibenarkan kembali ke set penggambaran.
Dedah pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, dia terpaksa menipu Ellie dengan memberi alasan dia ingin ke bengkel kereta tetapi hakikatnya dia bersama anaknya, Nur Anis Mastura menuju ke klinik di AU5.
Memang benar, saya sudah lengkap dua dos vaksin. Suntikan pertama pada 27 Julai dan keduanya pada 16 Ogos lalu.
Saya risau akan keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga saya, apabila kerajaan menetapkan syarat wajib perlu lengkap dua vaksin untuk terbabit dengan penggambaran, saya menjadi semakin risau.
Mujurlah nama saya dipanggil untuk temujanji vaksin di MySejahtera. Itu pun saya daftar diam-diam tanpa pengetahuan Ellie.
Dia (Ellie) tak tahu pun saya ada temujanji vaksin, saya tipu dia saya kata nak ke bengkel kereta. Selepas bincang dengan anak saya, dia sendiri temankan saya ke klinik.
Memang saya berdepan dilema macam manalah nak cerita kepada Ellie sebab risau reaksinya nanti. Sampailah ke temujanji kedua pun saya terpaksa berbohong sekali lagi pada Ellie, mahu ke bengkel kereta. Mujurlah proses suntikan itu sekejap saja.
Harap Ellie & anak-anak terbuka hati
Dalam pada itu, Azri menegaskan biarpun tidak sependapat mengenai penerimaan vaksin dengan Ellie namun itu tidak menggoyangkan rumah tangga mereka.
Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim berharap agar suatu hari nanti Ellie dan anak-anaknya terbuka hati untuk mendapatkan suntikan vaksin demi keselamatan diri.
Semakin lama hutang semakin bertambah, nanti datang pula penyakit lain disebabkan terlampau stress. Mujur, anak-anak saya semuanya memahami situasi dan tahu saya perlu bekerja dengan syarat lengkap divaksin.
Saya harap suatu masa nanti, anak-anak saya pun semuanya akan ambil vaksin apabila mereka sudah cukup yakin. Begitu juga Ellie.
Selain itu, Azri turut memaklumkan Nur Anis yang merupakan anak ketiga daripada perkahwinan terdahulu sudah lengkap dos kedua vaksin jenis AstraZeneca.
Sumber: Instagram @azri.iskandar_official