Baru-baru ini, Gamuda Land memulakan proses penyerahan kunci kediaman bagi fasa pertama di dua bandar baru mereka iaitu Gamuda Gardens, Sungai Buloh dan twentyfive.7, Kota Kemuning.
Lucent Residence di twentyfive.7 merupakan sebuah kawasan perbandaran seluas 257 ekar yang meriah dan mandiri. Dilancarkan pada 2017, ia mempunyai 181 unit rumah superlink dan 98 unit rumah semi-d. Kalau korang nak tahu, 80% Lucent Residence yang dijual setakat ini sudah diserahkan kepada pemilik secara berperingkat.
Gamuda Gardens juga akan melakukan penyerahan kunci 562 unit rumah teres 2 tingkat Village Homes yang mempunyai akses terus ke waterfront village, clubhouse dan taman mesra haiwan peliharaan seluas 50 ekar. Rumah-rumah ini dilancarkan pada 2017 dan lebih daripada 83% telah dijual setakat ini dengan hanya unit terhad yang tersedia.
Perbandaran yang sesuai dengan gaya hidup norma baharu

Chong Leong Hwee (empat dari kiri) dan keluarga menerima kunci rumah mereka di twentyfive.7 dari Aw Sei Cheh (dua dari kanan), COO Gamuda Land.
“Kami sangat mengalu-alukan komuniti baru kami ke kediaman baru mereka yang sesuai dengan gaya hidup norma baharu. Pelanggan memberitahu kami bahawa mereka tidak sabar untuk pindah ke rumah baru terutama setelah mengalami perintah kawalan pergerakan (MCO). Ini memberi jaminan kepada kita sekali lagi bahawa dengan perancangan bandar yang baik seperti Gamuda Gardens dan twentyfive.7 yang mengambil kira gaya hidup mereka di luar tempat kediaman.” – Ngan Chee Meng, Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land.
Sesuai dengan janji untuk memberikan lebih daripada tempat tinggal, kemudahan dan infrastruktur bandar sudah pun siap sebelum penyerahan kunci. Kedua-dua perbandaran mempunyai ciri Central Park mesra haiwan peliharaan di mana komuniti dapat berkumpul, landskap yang subur, ruang penempatan, jalur lebar berkelajuan tinggi, dan jalan masuk.
twentyfive.7 mempunyai Quayside Mall, sebuah pusat membeli-belah dengan konsep unik yang akan dibuka pada Disember 2020. Manakala, Gamuda Gardens mempunyai sebuah waterfront village di mana kemudahan kejiranan terletak.
Pemilik rumah di Gamuda Gardens juga akan menikmati kemudahan clubhouse di Gardens Wellness Club sambil melihat keindahan air terjun yang tak jauh dari rumah mereka. Kelab ini dilengkapi dengan kolam renang bersaiz Olimpik, gimnasium, 8 gelanggang badminton, bilik tarian dan sauna.
Di sebelah wellness club pula terdapat taman tema air Big Bucket Splash di mana kanak-kanak boleh bersuka-ria. Penduduk Gamuda Gardens juga berjalan kaki saja ke taman mesra haiwan peliharaan seluas 50 ekar atau untuk menikmati pemandangan dari waterfront village.
Susun atur kediaman yang fleksibel dalam suasana pinggir bandar
Selain memiliki akses terus ke central park, rumah di Gamuda Gardens dan twentyfive.7 menampilkan susun atur praktikal yang memudahkan penduduk menukar ruang kediaman mengikut gaya hidup masing-masing.