berita

Patut Beli Ke Tak? Ikuti Review Jujur Dari Smashpop Selepas Seminggu Mencuba Mate 30 Pro!

November 6th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Korang yang kaki gadjet, mesti kenal dengan Youtuber, Jason yang selalu membuat review jujur dan memberi pendapat yang teliti tentang gadgets dalam video-videonya di YouTube channel beliau iaitu Smashpop. Kali ini, Jason berkongsi pendapatnya pula tentang ciri-ciri yang ada pada HUAWEI Mate 30 Pro selepas menggunakannya selama 1 minggu.

Kalau korang nak tahu kehebatan HUAWEI Mate 30 Pro ni, stay tuned okay!

Prestasi kamera terhebat!

Sejak pelancaran HUAWEI Mate 30 Pro, Jason memang teruja untuk mengulas dan mencuba smartphone terbaru ini. Menurutnya, prestasi kamera HUAWEI Mate 30 Pro ini adalah yang terhebat dengan dua sensor tersendiri iaitu untuk mengambil gambar dan merakam video secara slow-motion dan ultra slow motion.

 

Mana tak hebat, HUAWEI Mate 30 Pro ini berkebolehan untuk merakam video pada resolusi 4K 60FPS dan merakam video gerak perlahan 7680 FPS pada resolusi 720P. Manakala, kamera utama Mate 30 ini juga mempunyai gabungan lensa 40MP (sudut lebar) + 16MP (ultra sudut lebar) + 8MP (telefoto zum 3x) dan kamera swafoto pula adalah 24MP. Canggih!

Korang ada masalah bila rakam video bergegar? Dengan HUAWEI Mate 30 Pro, dah takde semua masalah tu kerana ia turut dilengkapi dengan sistem penstabilan OIS dan AIS bagi memastikan video yang korang ambil tak bergegar dan lebih stabil. Hasilnya, memang video yang korang rakam tampak profesional!

Rekabentuk unik!

Kredit: HUAWEI.com

Selain kualiti kamera yang menakjubkan, Jason juga secara peribadi sukakan rekabentuk dan warna di bahagian belakang HUAWEI Mate 30 Pro ni. Warna yang seakan-akan silver tetapi apabila digerakkan akan menonjolkan warna bertona biru, merah jambu dan ungu membuatkan HUAWEI Mate 30 Pro ni sangat unik!

Kredit: HUAWEI.com

Bukan itu sahaja, tetapi bingkai skrin HUAWEI Mate 30 Pro ini juga bersaiz kecil dengan memuatkan sebuah kamera swafoto dan terdapat sensor untuk mengesan pergerakan tangan korang. Walaupun tak berapa menggemari rekabentuk skrin melengkung, tetapi Jason mengesyorkan HUAWEI Mate 30 Pro ini kepada gamers yang berminat bermain game online kerana skrin melengkung ini dimuatkan dengan butang L dan R di sisinya. Mudahlah untuk korang main game lepas ni!

Bateri macam superman!

Sebelum ini Jason telah menggunakan HUAWEI Mate 20 Pro dan mengakui kuasa baterinya tahan walaupun tidak dicas sepanjang hari. Tetapi, HUAWEI Mate 30 Pro ni jauh lebih hebat dengan membekalkan kuasa bateri sebesar 4500 mAh dengan pengecas pantas 40W secara berwayar dan 27W secara nirwayar. So, lepas ni keluar tak bawak power bank pun dah tak payah  risau!

Oh ya, dengan setiap pembelian HUAWEI Mate 30 Pro akan disertakan dengan 40W SuperCharge. Yeay!

Benda yang sedikit mengecewakan, tetapi ada penyelesaian..

Di akhir videonya, Jason meluahkan sedikit kekecewaannya apabil HUAWEI Mate 30 Pro tidak didatangi dengan GMS atau lebih dikenali sebagai Google Mobile Services. Tetapi, jangan risau, sebab korang boleh dapatkan tips-tips dan cara-cara untuk memuat naik Google pada HUAWEI Mate 30 Pro korang dengan panduan yang sedia ada di internet.

Jason juga turut berkongsi tips dan solusi untuk memuat naik aplikasi Google yang beliau kongsikan melalui pautan dibawah ulasan videonya. Jadi, go and check it out ok!

HUAWEI Mate 30 Pro, sesuai untuk siapa?

Kalau anda nak tahu, HUAWEI Mate 30 Pro telah menerima banyak perhatian kerana rekabentuknya yang futuristik dan juga merupakan peranti yang praktikal, lengkap dengan skrin yang lebih besar serta kuasa memproses yang sama dan rekaan yang praktikal.

Kredit: HUAWEI.com

Tambah Jason, HUAWEI Mate 30 Pro ni adalah smartphone untuk semua penggemar teknologi, khususnya yang serius tentang bidang videografi dan mereka yang mementingkan kualiti gambar bertaraf perofesional kerana terdapat banyak ciri dan teknologi yang hanya ada di HUAWEI Mate 30 Pro ini dan tidak dapat dijumpai pada smartphone yang lain.

Berharga RM3,899 dengan RAM 8gb dan storan 258gb, HUAWEI Mate 30 Pro bukan sahaja sebuah peranti biasa tetapi ia turut menjanjikan pengalaman menakjubkan bagi penggunanya. Berita baik untuk korang yang berminat untuk mendapatkan HUAWEI Mate 30 Pro, korang boleh klik sini dan gunakan Referral Code khas Smashpop untuk menebus 3 hadiah ekslusif percuma bernilai RM656!

Referral Code khas Smashpop : aa29b

Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini, layari laman web HUAWEI. Jom layan video penuh dari Smashpop!

SKIP THIS AD ×