berita

Patutlah 12 Hari Tak Balik Rumah, Rupanya Suami Pergi Honeymoon Dengan Isteri Baru – ‘Maaf Sahaja Tak Cukup..’

January 27th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Mommy ASF dan anak-anak (Haibunda)

Sudah menjadi lumrah, setiap pasangan suami isteri pasti akan menempuh dan melalui pelbagai fasa ujian dalam berumah tangga. Itulah yang dilalui oleh seorang wanita ini, Mommy ASF apabila mendapat tahu bahawa suaminya berlaku curang bersama wanita lain.

Suami hilang selama 12 hari

Foto: Mommy ASF dan anak-anak (Liputan6)

Untuk pengetahuan semua, drama Layangan Putus sebenarnya adalah kisah sebenar yang diadaptasi daripada sebuah novel yang ditulis Mommy ASF. Menurut wanita ini, dia dan suami telah mendirikan rumah tangga selama 14 tahun dan hubungan mereka berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Hasil daripada perkahwinan, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata. Tetapi anak terakhir mereka disahkan meninggal dunia ketika masih dalam kandungan.

Bercerita kembali kisah silam yang dilaluinya dahulu, Mommy ASF memaklumkan segalanya bermula pada 12 Februari 2018 selepas si suami tiba-tiba menghilangkan diri selama 12 hari. Tetapi apa yang peliknya, lelaki itu keluar rumah dengan membawa passport bersamanya.

Mommy ASF kemudian cuba menghubungi si suami dengan menghantar pesanan ringkas bahkan mengirim suara si anak tetapi sayangnya tiada sebarang respon yang diterima. Pada keesokan harinya, dia sekali lagi menghubungi si suami, akhirnya lelaki itu menjawab panggilan tersebut dan mendakwa dia mempunyai urusan kerja di Jakarta.

Suami kantoi pergi ‘honeymoon’

Mommy ASF kemudian memberitahu bahawa dia juga ingin ke Jakarta tetapi dihalang oleh si suami. Selepas 12 hari berlalu, akhirnya lelaki itu pulang ke rumah dan mereka menjalani kehidupan seperti biasa. Tetapi siapa sangka, setahun kemudian segala-galanya terbongkar.

Mommy ASF memberanikan diri dengan memeriksa telefon bimbit suaminya tanpa kebenaran dan alangkah terkejutnya apabila dia melihat ratusan gambar si suami bersama wanita lain. Rupa-rupanya sepanjang 12 hari si suami ‘menghilangkan diri’, dia sebenarnya pergi berbulan madu bersama isteri mudanya di Cappadocia, Turki yang juga merupakan tempat impian Mommy ASF.

Saya marah dan geram. Saya rasa dikhianati. Maaf daripada Mas Arif, ia tidak cukup untuk menenangkan saya. Ya Rabb, maafkan saya.

Perbuatan si suami yang bernikah secara senyap-senyap akhirnya membuatkan Mommy ASF nekad memfailkan penceraian pada 19 September 2019. Tetapi wanita ini langsung tidak menyimpan dendam kerana memikirkan anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang seorang bapa untuk kehidupan masa hadapan.

Sumber: Popmama, Kompas

SKIP THIS AD ×