Sebelum ini, usahawan dan pempengaruh, Kieda Crepe memberi bayangan bahawa dia dan suami bakal menimang bayi kembar tiga tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan: Kongsi Foto ‘Ultrasound’ Di TikTok, Kieda Crepe Bakal Timang Cahaya Mata Kembar Tiga?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kieda Crepe Mengandung, Suami Yang Alami Alahan – ‘Macam Ini Rupanya Perasaan Ibu Hamil Ya?’
Artikel Berkaitan: ‘Awak Semua Kata Saya Menunjuk, Saya Cuma Pakai Barang Yang Ada’ – Kieda Crepe
Terbaru, Kieda memberitahu dia telah mengalami keguguran.
Patut alah makin hilang
@kiedacrepepenang Replying to @Eryna_Al ? Allah sebaik-baik perancang?? semoga ada keajaiban? @Klinik Myfamily Penang
Menerusi posting di TikTok, Kieda memberitahu dia mempunyai masalah kantung terbalik. Jadi disebabkan itu juga, dia susah untuk memeriksa keadaan bayi dalam kandungan.
Difahamkan, pada mulanya degupan jantung bayi masih boleh didengari namun, apabila dia pergi untuk pemeriksaan seterusnya degupan jantung bayi sudah tiada.
Patutlah alah semakin hilang, rupanya jantung baby sudah berhenti. Anak-anak ibu sudah tinggalkan ibu.
Tambah Kieda lagi, kantung bayi yang pertama dan kedua juga sudah semakin mengecil, manakala untuk bayi ketiga pembesaran normal tetapi degupan jantung sudah tidak didengari.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Kieda mengucapkan terima kasih kepada ‘triplet‘ kerana hadir di dalam rahimnya walaupun hanya 10 minggu 6 hari. Ujar Kieda, dia berharap dapat berjumpa dengan mereka di syurga kelak.
@kiedacrepepenang It hurt ? Semoga diri ini kuat. @AMY KIEDA MERCHANDISE ?
Sumber: Kieda Crepe Penang