berita

‘Patutlah Baju Tak Semenggah’ – Luah Rasa Kecewa, Aishah Tak Dapat Tajaan Baju?

November 7th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah merupakan antara penyanyi lagenda tanah air. Suaranya yang lantang dan merdu masih kekal hingga kini. Bayangkan lagu ‘Janji Manismu’ 11 tahun lepas masih menjadi lagu kegemaran semua. Memang terbaik!

Terbaru, menerusi perkongsian  Deegun Rahman, perbualannya bersama Aishah telah mendapat perhatian ramai. Aishah meluahkan rasa kecewa apabila tiada siapa yang menaja pakaiannya dalam satu program realiti.

Tiada siapa sponsor baju

Semalam berborak dengan Kak Aishah GV4, sayu pulak dengar bila dia cakap tak ada sesiapa sudi sponsor baju untuknya.

Apatah lagi dia tak ada team pengurusan yang boleh deal dengan designer muda sekarang ni. Maklumlah, dia wujud zaman ‘dulu kala’, tak kenal pereka baharu.

Lebih menyedihkan, siap ada yang perli takut terlebih kos beli kain. Korang faham lah kan apa maksud yang cuba dia sampaikan.

So, kalau ada antara designer yang baca status abang ni dan berbesar hati nak sponsor, boleh DM abang k.

#aishahariffin #aishahgv4

Walau bagaimanapun, ramai yang menghubungi lelaki ini untuk menaja pakaian Aisyah selepas di viralkan. Memang ramai yang masih prihatin sebenarnya. Selamat berjaya kak Aisyah!

Ramai yang nak bantu

Terharu jap sebab ramai designer muda yang willing to help Kak Aishah. Tak sangka lak banyak yang share my posting.

Semoga korang semua dimurahkan rezeki. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Sesiapa yang dapat peluang tu, manfaatkanlah sebaik mungkin. Tolong seikhlas hati, insya-Allah dipermudahkan setiap urusan.

Apapun, terima kasih. Jika ada peluang lain, saya akan uar-uarkan.

Reaksi netizen

 

Sumber : Deegun Rahman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×