berita

‘Patutlah Dekat Ari-Ari Selalu Rasa Tegang’ – Wanita Kongsi Pengalaman Buang Cyst, Siap Ada Rambut

July 12th, 2019 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Cyst dan fibroid merupakan salah satu penyakit yang sering menyerang golongan wanita. Ini disebabkan oleh faktor pemakanan dan gaya hidup yang menyebabkan sel cyst menjadi aktif.

Di Facebook, wanita ini kongsi pengalaman menjalani pembedahan cyst sebesar 9.7 cm dan 5.7 cm. Patutlah perut nampak buncit walaupun berbadan kurus.

Sakit badan, nak pitam

Ramai sangat wasap masuk, pm masuk tanya kenapa Kak Eyza admit?? Kenapa Kak Eyza operate?? Sampai tak terbalas wasap.

Ok ni la hampa sejenis cyst besaq kan?? Kak Eyza tak penah rasa sakit pun sebelum ni. Period mai macam biasa tak penah senggugut
pernah scan bulan 12..2018 tapi tak ada lagi benda alah ni. Tak tau kot tak nampk lagi ka macam mana kan.

Tapi minggu lepas Kak Eyza rasa macam sakit badan ingat angin, sampai nak pitam. Amik tukang urut. Akak tu urut dia kata ada ketui teruih suh Kak Eyza scan. Dia tak berani nak tungku.

Saiz cyst naik mendadak

Malam tu jugak Kak Eyza scan. Betui ada ketui (dua pulak tu) minggu lepas scan 5.7cm dan 2.8cm. Minggu ni mendadak naik 9.7cm dan 5.7cm. Akhirnya jumpa pakar kmc. Teruih kena operate secepat mungkin sebab cyst yang besaq tu macam ada sesuatu siap ada rambut.

Doktor bagitau benda ni ada dekat semua perempuan cuma active dengan dak ja. Salah satu punca sebab Kak Eyza suka sangat makan fast food, seafood, soya, makan dalam tin. Besaq tau operate macam beranak malah kali ni lagi teruk dari beranak sakit Tuhan ja yang tau.
Harini pun Kak Eyza dok sakit sakit bangun ja nak pitam. Dengan angin serang dalam perut. Sakit…

Pantang macam beranak

Dan sekarang Kak Eyza tengah berpantang macam orang beranak. Doakan Kak Eyza mana tau lepas buang ni boleh pregnant lagi. Allah sebaik-baik perancang. Doakan Kak Eyza cepat sembuh. Ingat jangan makan ayam banyak sangat sebab ayam cucuk, jangan makan fastfood sangat. Tauhu pun cepat activekan dia. Soya pun jangan.

Boleh share dengan Kak Eyza tak apa lagi kena pantang??

BYeyza Zakiey
Akie Harun

Ari-ari selalu rasa tegang

Dalam banyak-banyak pic. Pic ni paling nampak perut Kak Eyza timbui tu tapi dia tak timbui selalu tau. Ingatkan sebab period yang nampak buncit sikit rupanya ada benda lain. Patutlah dekat ari-ari Kak Eyza selalu rasa tegang keras.

Jenis-jenis cyst

Jenis-jenis cyst yang ramai wanita tak tau termasuk Kak Eyza

Ovarian cyst bukanlah bersifat penyakit. Setiap kali wanita normal mengalami haid, ovari akan membentuk gelembung yang dipanggil sebagai ovarian folikel. Disitu terdapat benih wanita yang dipanggil ovum. Selepas ia dikeluarkan melalui darah haid, sepatutnya ovarian folikel ini mengecut. Tetapi ada sesetengah dari wanita yang ovarian folikelnya tidak mengecut dan membesar melebihi 2cm dan ia dipanggil ovarian cyst. Kak Eyza rasa cyst Kak Eyza no 4. Info dekat pic. Share lah sama-sama kita belajaq pasai cyst.

Functional cyst

1. FUNCTIONAL

a. Follicle cyst terjadi apabila folikel tidak pecah untuk melepaskan ovum. Ia terus berkembang dan membesar.

JENIS-JENIS CYST
b. Luteal cyst pula berlaku apabila ovum telah dibebaskan tetapi kantung pula membesar. Namun ia akan hilang dalam beberapa minggu tetapi ada juga kes yang membesar melebihi 5cm. Ia boleh membesar dan pecah yang menyebakan kesakitan. Kedua-dua jenis ini mudah hilang dalam masa singkat 1- 3 bulan. Ia dikategorikan sebagai fuctional cyst yang terjadi ketika ovari masih berfungsi atau ketika ovulasi.

2.ENDOMETRIOSIS (chocolate CYST)

Biasanya terjadi ke atas wanita yang mempunyai masalah endometriosis. Ia terjadi apabila endometrium (tisu lapisan Rahim) tumbuh diluar Rahim. Ia menyebakan kesakitan semasa kitaran haid atau semasa hubungan suami isteri. Endometriosis tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjadi penyebab utama kemandulan wanita.

3.CYSTADENOMA

Cyst ini terbentuk daripada sel sel permukaan luar ovari. Ia menyebakan kesakitan. Cyst ini dipenuhi dengan cecair kekuningan dan pekat dan mampu membesar.


4.DERMOID
Ia mengandungi pelbagai jenis tisu primitive seperti bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan. Ia mampu membesar dan menyebabkan kesakitan.

5. POLYCYSTIC OVARI
Ia juga dikenali sebagai PCOS yang disebabkan oleh timbunan cyst cyst kecil yang berganda akibat ketidakseimbangan hormone. Ia terjadi pada wanita yang mempunyai masalah dalam kitaran haid yang tidak teratur.

Sumber : Eyza Zakiey

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×