Cuaca panas dekat Malaysia sekarang ni, semakin hari semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang bila duduk rumah tu terasa bahang dia wehhh!
Tambah-tambah lagi korang yang ada anak kecil tu, mesti rasa tak selesa kan? Jangan risau, kalini min ada penyelesaian terbaik untuk korang.
Jom min kenalkan korang dengan Penyaman Udara Siri Inverter Eco Panasonic (YU) yang bukan sahaja menyejukkan rumah korang, tapi juga membantu jimatkan bil elektrik! Tak percaya? Korang baca sampai habis dulu!
Dilengkapi dengan teknologi inverter yang canggih
Apa kelebihan inverter ni? Ha..kalau korang nak tahu, dengan teknologi inverter pada penyaman udara, siri inverter eco (YU) panasonic akan menawarkan penjimatan tenaga dan keselesaan rumah.
Teknologi ini menggunakan mikro-komputer bersama kompresor untuk mengawal suhu dengan tepat dan efisien. Apabila suhu bilik mencapai tahap yang diinginkan, kompresor beroperasi pada kelajuan rendah untuk mengekalkan suhu, menjimatkan tenaga dan memastikan suhu bilik konsisten tanpa perubahan mendadak.
Ini bermakna korang boleh menikmati udara sejuk yang nyaman tanpa perlu risau tentang bil elektrik yang melambung tinggi.
Nikmati kesejukan yang maksimum & tenaga minimum!
*Fungsi Aerowings untuk model YU24 dan YU30 sahaja
*BIG FLAP untuk model YU9, YU12 dan YU18 sahaja
Selain itu, apa yang menarik mengenai Penyaman Udara Siri Inverter Eco Panasonic (YU) ini adalah mereka menawarkan keupayaan untuk menyejukkan dengan cepat.
Ini amat penting lebih-lebih lagi dalam cuaca panas yang melampau, di mana kesejukan segera adalah keutamaan. Jadi, dengan kelebihan seperti ini korang tak perlu lah nak tunggu lama-lama untuk rasa sejuk dan nyaman.
Kawal penghawa dingin dari mana saja dengan Panasonic Comfort Cloud App!
Bukan itu sahaja, Panasonic Comfort Cloud App yang ada pada penghawa dingin ini juga merupakan satu kelebihan yang luar biasa! Ini kerana korang boleh kawal dengan menggunakan aplikasi walau di mana dan bila-bila masa sahaja.
Tak kira sama ada korang berada di rumah atau di luar, aplikasi ini membolehkan korang mengawal beberapa unit penghawa dingin sekaligus. Apa yang korang perlukan hanyalah adaptor rangkaian pilihan CZ-TACG1 untuk menyambungkan unit-unit tersebut kepada aplikasi ini.
Aplikasi ini bukan saja membolehkan korang untuk mengawal suhu, tetapi juga memberi akses kepada semua ciri penghawa dingin, memantau penggunaan tenaga dengan statistik yang komprehensif, dan mengesan sebarang isu melalui notifikasi.
Jadi, kalau ada apa-apa korang hanya monitor guna aplikasi je, tak payah susah-susah nak call technician. Mudah kan!
Ada fungsi mod senyap untuk persekitaran yang tenang
Kadang-kadang bila dekat rumah, mesti korang nak rehat dan perlukan ketenangan kan…Kalau boleh taknak ada bunyi-bunyi yang terlampau kuat. Lagi-lagi waktu tidur…
Jangan risau! Penyaman Udara Siri Inverter Eco Panasonic (YU) ini boleh menghidupkan mod senyap dan tak menganggu korang.
Selain itu, ada juga Mod ECO dengan Kawalan Kecerdasan Buatan (A.I.) yang optimum untuk memaksimumkan penjimatan tenaga sambil memberikan keselesaan penyejukan yang konsisten.
Tunggu apa lagi, ini masanya untuk korang dapatkan sekarang!
Ha… korang pun dah baca kenapa Penyaman Udara Siri Inverter Eco Panasonic (YU) ni menjadi pilihan ramai kan? Jadi, boleh lah dapatkan untuk kediaman korang sekarang dan nikmati general waranti am selama 1+1 tahun secara PERCUMA! Tertakluk terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut atau pembelian, korang boleh layari laman web Panasonic!