berita

Patutlah Sedap Je Tiap Kali Makan Burger Daging McDonald’s. Ini Rupanya Rahsia McD!

June 15th, 2022 | by Emir
Kini Trending

Bila sebut burger McDonald’s je mesti dah terbayang keenakan patty daging lembut yang dihidang dengan sos istimewa dan sayur yang segar. Fuh meleleh air liur weh!

Dah bertahun-tahun McDonald’s memberikan kepuasan yang sama dalam setiap gigitan burger daging mereka kan? Maintain je rasa tu!

Tapi korang tahu tak apa bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sebiji burger daging McDonald’s ni? Ha jom kami kongsikan apa rahsia yang mengekalkan rasa dan kualiti makanan dari McDonald’s.

Bahan berkualiti dan segar

Burger daging seperti Big Mac ataupun Double Cheeseburger McDonald’s sememangnya sudah menjadi kegemaran dan pilihan utama rakyat Malaysia.

Semua burger kegemaran dari McDonald’s diperbuat daripada 100 peratus daging lembu Halal tulen dari Australia dan New Zealand. 

Bahan-bahan pula yang digunakan disimpan dalam sistem penyejukan khusus yang sentiasa diselenggara antara -18 hingga -23°C untuk kualiti dan kesegaran terbaik.

Dibuat untuk anda!

Double Cheeseburger adalah antara yang paling laris di restoran McDonald’s Malaysia. Secara puratanya, 1.2 juta unit Double Cheeseburger terjual dalam masa sebulan. Banyak kan?

Tapi korang tahu tak, McDonald’s mengikuti sistem ‘Made For You’ iaitu hanya dua burger disediakan pada satu-satu masa. 

Setiap kali pelanggan membuat pesanan, kru restoran di stesen penyediaan yang berbeza di sekitar dapur akan mula membakar roti, menambah bahan-bahan dan membungkus makanan.

Ini bagi memastikan hidangan yang diterima lebih segar, lebih panas dan lebih enak, setiap kali.

Jadi burger korang semestinya fresh from the grill!

Pelopor industri makanan halal

Kalau sebelum ni korang tertanya-tanya apa status Halal McDonald’s ni, sekarang korang tak payah risau lagi dah sebab McDonald’s sebenarnya antara restoran terawal yang memegang sijil Halal di Malaysia tau!

Bukan tu je, McDonald’s juga sentiasa bekerjasama dengan pembekal yang memegang sijil Halal diiktiraf dan menjaga kebersihan makanan mereka bagi memastikan status Halal makanan yang dihasilkan.

Selain daripada daging lembu tulen dan halal yang diimport, kepingan keju Cheddar dalam Double Cheeseburger juga diimport daripada pembekal yang disahkan Halal di New Zealand yang mematuhi piawaian kualiti makanan McDonald’s yang ketat.

Kalau was-was lagi, korang sendiri boleh check status halal McDonald’s di laman sesawang JAKIM.

Sanitasi peralatan setiap 4 jam

Demi mengekalkan kebersihan dan kualiti makanan, setiap peralatan dan kawasan yang digunakan ketika mengendalikan makanan di McDonald’s akan disanitasi oleh krew-krew McDonald’s yang lengkap vaksinasi!

Jadi korang tak perlu risau tentang status Halal dan kualiti kebersihan di McDonald’s ni lagi dah! Sebab tu juga lah setiap hidangan dari McDonald’s menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Jadi jom makan McDonald’s tanpa rasa ragu-ragu lagi!

Untuk maklumat lanjut mengenai proses pengendalian makanan di McDonald’s, korang boleh layari laman sesawang McDonald’s Malaysia sekarang! 

SKIP THIS AD ×