Semalam, kerajaan telah memutuskan untuk mengangkat status PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) di hampir semua negeri kecuali Sabah. Sehubungan dengan itu, pihak Golden Screen Cinemas (GSC) telah mengumumkan untuk membuka kembali pawagam mereka pada 5 Mac 2021.
Ramai teruja
Saat yang kita nantikan … kita akan membuka semula pawagan Jumaat ini !! Nantikan sementara kami mendedahkan lokasi pembukaan kami dan mengesahkan senarai filem!
Walau bagaimanapun, pembukaan tersebut haruslah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan sebelum ini seperti menjaga penjarakkan sosial. Perkongsian tersebut mengembirakan hati ramai orang yang rata-ratanya tidak sabar untuk kembali menonton filem kegemaran mereka.
MBO bertukar?
Selain itu, beberapa lagi pawagam di Malaysia turut akan dibuka pada 5 Mac ini iaitu TGV Cinema. Manakala untuk MBO Cinemas masih belum ada sebarang kemas kini terbaru di laman media sosial mereka memandangkan MBO dikatakan telah dibeli oleh syarikat Golden Screen Cinemas (GSC).
Walau apa pun berlaku, rasanya masing-masing sudah tidak sabar nak serbu pawagam berhampiran anda. Betul tak? Rata-rata di ruangan komen teruja untuk melihat filem baru yang bakal ditayangkan di Malaysia. Apa yang penting pastikan semua mematuhi setiap protokol kesihatan yang ditetapkan kerajaan.
Sumber : GSC