berita

Pawagam Dah Dibuka Semula, Nah 5 Filem Hebat Bakal Menemui Korang Tahun Ini!

July 21st, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Setelah hampir 4 bulan pawagam di seluruh negara tak dibenarkan beroperasi, kini, kaki wayang semua dah boleh lepaskan rindu untuk menonton filem kegemaran korang apabila pawagam telah dibuka semula pada 1 Julai 2020 lalu.

Lebih mengujakan, banyak filem hebat antarabangsa yang paling ditunggu-tunggu akan ditayangkan sepanjang tahun ini. Korang dah bersedia? Jom kami kongsikan!

Train To Busan 2: Peninsula

Train To Busan 2' Trailer Is Finally Here And Ready To Eat You ...

Rojak Daily

Korang ingat lagi tak ending Train To Busan (2016), di mana wanita mengandung dan kanak-kanak tersebut akhirnya diselamatkan oleh tentera Korea Selatan. Haa.. Peninsula yang akan menemui korang pada 16 Julai ni pula berlatarbelakangkan situasi selepas kejadian wabak virus zombi merebak di Korea Selatan iaitu empat tahun setelah kejadian dalam “Train To Busan” (2016).

Ia mengisahkan tentang seorang tentera yang menjalankan satu operasi rahsia bersama kumpulannya dan terjumpa sekumpulan manusia yang terselamat. Nasib mereka bergantung antara satu sama lain untuk berjuang meneruskan hidup.

Tenet

Christopher Nolan Says TENET Must Be Watched on the Big Screen

moviedash.com

Buat penggemar karya Christopher Nolan, mesti korang dah tak sabar-sabar nak saksikan filem epik penuh aksi yang akan dibintangi oleh John David Washington dan Robert Pattinson ni kan?

Kalau korang nak tahu, Tenet menampilkan banyak aksi berbahaya yang dilakukan oleh John David Washington dalam usaha untuk mencegah dunia daripada dilanda perang dunia ketiga. Filem ini dijangka akan keluar di Malaysia pada 13 Ogos ni tau!

Mulan

Mulan's director confirms there WON'T be any musical numbers in ...

Daily Mail

Apa kartun favourite korang masa kecil-kecil dulu? Kalau admin, mestilah siri kartun Disney, Mulan! Sampai sekarang terngiang-ngiang lagi lagu I’ll Make The Man Out Of You dan babak Mulan berlawan pedang dengan musuh.

Mulan terlebih dahulu ditayangkan dalam bentuk animasi pada tahun 1998 dan tahun ni akan keluar dalam versi live-action djangka pada 20 Ogos 2020 ini! Eee..tak sabarnya nak tengok!

A Quiet Place 2

A Quiet Place Part II Poster Out! Trailer of Emily Blunt's Horror ...

Latestly

Siapa yang dah tengok A Quiet Place mesti boleh faham betapa cemas dan mendebarkan bila tengok filem ni. Tambah-tambah masa adegan raksasa yang muncul bila terdengar bunyi bising. Fuhh memang nervous!

Kali ni, A Quiet Place 2 menceritakan kisah mereka sekeluarga meneruskan kehidupan dengan mengembara ke dunia luar. Tapi tanpa mereka sedar, sebenarnya banyak ancaman lain yang menanti mereka selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi! Tak sabar nak tunggu tarikh tayangannya pada 3 September 2020 nanti!

Wonder Woman 1984

Wonder Woman 1984 Release Date, Cast, Plot, Trailer And What's ...

newslagoon.com

Berita baik buat peminat DC Comics sebab sekuel Wonder Woman iaitu Wonder Woman 1984 dijangka akan menemui korang di pawagam seluruh Malaysia pada 1 Oktober ini. Wahh!

Filem yang bergenre adventure dan fantasi arahan Johns dan Jenkins serta dibintangi oleh Gal Gadot, Chris Pine, Kristen Wiig, Pedro Pascal, Connie Nielsen, dan Robin Wright ni berkisarkan tentang pertarungan Wonder Woman dengan dua musuh baru. Dengar cerita, kekasih Wonder Woman, Steve Trevor yang terkorban dalam Wonder Woman sebelum ini juga kembali. OMG!

Tak lengkap layan movie tanpa Mister Potato di sisi!

Kaki wayang semua mesti dah tak sabar nak ke pawagam dan buat movie marathon kan? Dengar cerita siap ada yang dah book tiket online! Layan movie memang syok, tapi lagi syok kalau ada Mister Potato Syok Wave!

Kalau korang nak tahu, Mister Potato Syok Wave memperkenalkan 3 perisa baru yang memang onz iaitu Makanan Laut, Ayam Goreng Berapi dan Barbeku. Kentang yang dipotong beralun (crinkle cut) pula memang sedap dan hangat sampai tak boleh berhenti mengunyah. Rasa syok, rangup giler! Tiba-tiba dah habis sebungkus Mister Potato!

Psst, nak menang Nintendo Switch? Jom join cabaran TikTok #DoTheSyokWavePose!

Sambil-sambil makan Mister Potato Syokwave tu, apa kata korang ajak keluarga dan kawan-kawan sertai cabaran TikTok #DoTheSyokWavePose. Macam mana nak sertai? Ikuti langkah-langkah ini..

  • Rakam video korang melakukan cabaran TikTok #DoTheSyokWavePose 
  • Ikuti pose sebanyak yang boleh selama 15 saat
  • Muat naik dan kongsikan dengan hashtag #DoTheSyokWavePose
  • Lima penyertaan dengan jumlah ‘Likes’ yang paling banyak akan memenangi hadiah utama!
  • Pastikan profile korang dalam mode ‘Public’ kalau nak dapat ‘Likes’ yang banyak dari kawan-kawan

Mudah je kan? Apa lagi tunggu, jomlah sertai sekarang. Siapa tahu mungkin korang antara yang bertuah dan berpeluang untuk bawa pulang hadiah utama berupa Nintendo Switch! Baik korang cepat sebab peraduan ini akan berakhir pada 31 Ogos 2020 ni tau.

Untuk maklumat lanjut, klik sini.