Baru-baru ini viral di media sosial apabila penceramah bebas, Akhi Fairuz Al-Jengkawi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan papan iklan melampau berunsur lucah yang ditayangkan di tepi lebuhraya. Papan iklan itu menjual produk mandian namun menggunakan illustrasi seolah-olah membawa maksud ‘onani’.
Tak cukup dengan itu, ada pula jenama yang menggunakan perkataan lucah menggambarkan seakan-akan ‘payu dara’. Walaupun ejaannya berbeza namun cara sebut adalah sama. Perkara ini boleh memberi pengajaran tidak baik untuk masyarakat, lebih-lebih lagi kanak-kanak.
Ayat double meaning
Produk sabun yang diiklankan menggunakan maksud yang tersirat yang dikaitkan dengan onani. Walaupun produk dijual adalah hanya sabun, namun perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Selaku pengasas produk mereka seharusnya memikirkan cara pasaran yang baik dan bersih dari sebarang unsur lucah.
Manakala, di susur keluar Tol Gombak turut menampakkan papan iklan produk minuman yang menggunakan perkataan membawa maksud seakan-akan payu dara. Malah tagline digunakan sangat lucah iaitu mantap anjal semata-mata untuk mempromosikan produk mereka.
Ingat lucu ke?
Walau bagaimanapun, sejurus Akhi Fairuz berkongsi perkara ini, pihak Majlis Perbandaran Selayang dikatakan telah meroboh papan iklan gergasi tersebut. Ada yang mendakwa papan iklan produk itu dinaikkan tanpa sebarang kelulusan. Ada juga yang mendakwa papan iklan tersebut baru sahaja dinaikkan beberapa hari lepas di susur keluar Tol Gombak itu.
Perlu mendapat kebenaran sebelum diiklankan
Menurut individu ini, setiap papan iklan di lebuhraya mempunyai pemilik syarikat periklanan tersendiri. Walau bagaimapun sebelum diiklankan pihak syarikat haruslah mendapat lesen kebenaran dari Pihak Berkuasa Tempatan untuk diperiksa oleh Dewan Bahasa dn Pustaka. Jadi tiada salah jika Majlis Pembandaran boleh merobohkan papan iklan tersebut walaupun kos membuatnya adalah mahal.
Sudah dirobohkan
Terima kasih Majlis Perbandaran Selayang. Ini bukan satu kemenangan, tapi satu permulaan. Ingat, saya tak bicarakan bab produk overclaimed, ada atau tidak kelulusan naikkan billboard di tepi-tepi jalan. Itu biarlah pihak yang berautoriti jalankan tugasnya.
Yang saya ketengahkan adaah melawan sebarang normalisasi kelucahan yang terdapat di dunia nyata mahupun media sosial setakat yang termampu.
Di ruangan komen rata-rata berterima kasih kepada penceramah bebas ini kerana berani menyuarakan ketidakpuasan hati mengenai perkara ini.
Menurut Akhil sendiri perkara ini diserahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk menjalankan tugasnya. Apa yang diketengahkan adalah hanya untuk mengelakkan sebarang normalisasi kelucahan yang ada di sebarang produk atau iklan.
Sumber :Akhil Fairuz