berita

PDRM Tawar 50% Diskaun Bayaran Saman Secara Online Bermula 18 Mei

May 16th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Mulai 18 hingga 21 Mei ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun hingga 50 peratus bagi bayaran saman terpilih yang dibuat secara dalam talian. Menerusi kenyataan media di Facebook Polis Diraja Malaysia, pembayaran saman dalam talian itu perlu dibuat menerusi portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my.

Memahami kekangan kewangan

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias memberitahu bahawa orang ramai mempunyai kekangan dari segi kewangan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba nanti. Oleh itu, pihak PDRM telah menawarkan diskaun kepada mereka dan hal ini sedikit sebanyak mengurangkan bebanan.

Bagi meringankan bebanan ini, JSPT menawarkan pemberian diskaun hingga 50 peratus bagi saman terpilih sekiranya pembayaran dibuat secara dalam talian melalui portal www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my. Kita juga akan membuka kaunter perkhidmatan membabitkan pembayaran saman serta pembekalan dokumen kemalangan di semua ibu pejabat polis daerah dan kontinjen secara berperingkat, mulai 18 Mei ini.

Menerusi laporan Berita Harian, Datuk Azisman Alias turut memaklumkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberikan diskaun hingga 50 peratus bagi saman terpilih sekiranya pembayaran dibuat secara dalam talian. Tambahnya, pemberian ini juga memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman dan pembekalan dokumen berkaitan kes kemalangan bagi tuntutan insurans.

Sumber: Polis Diraja Malaysia & Berita Harian

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×