Siapa sangka, hobi mengumpul duit syiling sejak lima tahun lalu membuahkan hasil apabila amaun yang dikumpul sudah mencecah RM2,473. Berikut merupakan perkongsian gembira seorang pelajar yang dikenali sebagai Nur Ain Amira Md Anuar.
Almost 5 years
Menerusi laporan Astro Gempak, pelajar jurusan pergigian itu berkongsi rasa gembiranya apabila berjaya mengumpul RM2,473 dari tabung tong penghawa dingin keluarganya di kampung. Menurutnya, hobi tersebut bermula apabila dia hendak pergi bercuti bersama ahli keluarga.
Sebenarnya tabung itu tabung keluarga, jadi semua ahli keluarga kami termasuk adik-beradik saya menyimpan lebihan baki duit syiling dalam tabung itu. Alhamdulillah selepas limat tahun juga dapat kumpul sebanyak RM2,473 dan semuanya telah ditukarkan di bank. Kalau ikutkan plan asalnya apabila buka tabung itu kami sekeluarga mahu bercuti tetapi memandangkan kekangan sekarang, kami simpan terlebih dahulu untuk kegunaan masa akan datang.
Memang susah, mula-mula ayah guna penukul tapi tiada kesan. Kemudian terpaksa potong guna penggerudi dan siap pakai helmet sebab risau percikan api itu. Proses nak bawa tabung itu ke luar rumah pun susah kerana kami terpaksa menggolekkan tong besi itu kerana terlalu berat.
Perasaan teruja ketika proses memecahkan tabung unik itu bersama-sama ahli keluarganya turut dikongsikan. Tambah Ain, perasaan khuatir turut dirasai olehnya apabila rata-rata netizen berkongsi pengalaman malang rumah dipecah masuk pencuri untuk mendapatkan tabung duit yang disimpan di rumah.
Demi kepuasan diri
Rata-rata netizen turut berkongsi foto tabung masing-masing. Menurut netizen, menabung mampu memberi kepuasan kepada diri sendiri terutama apabila kita memerlukan.
Sumber: Nur Ain Amira & Astro Gempak