berita

Pedas Menyengat, Mi Segera Myojo Pulak Trending Kat Malaysia. Korang Dah Try Ke?

October 24th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

Cakap pasal mi segera, kalau korang tak ada stok berbungkus-bungkus kat rumah memang tak onz la. Mana taknya, mi segera kan selalu jadi penyelamat time lapar.

Haa… sebenarnya, baru-baru ni admin dapat tahu mi segera Myojo Dry Bowl Series pulak tengah laris sakan dekat Malaysia. Kalau korang belum pernah try, boleh la kot kita pakat beli lepas ni buat stok!

Memang famous dekat Singapore!

Paling trending sekarang ni ialah perasa terbaru mereka iaitu Myojo Mala Xiang Guo. Kami jadi lagi excited nak try lepas baca komen netizen dekat facebook dan Instagram.

Ramai yang cakap rasa menyengatnya bikin ketagih tau! Pendek kata, kalau korang nak cari dekat supermarket tu memang selalu je sold out. Berebut-rebut wei orang beli.

Pedas menyengat bikin ketagih

Perencah Mi Segera Myojo Mala Xiang Guo ni ada rasa unik daripada pelbagai rempah ratus seperti lada Schezuan, daun ketumbar dan cili. Memang sedap sampai kecur liur dan sensasi menyengatnya boleh membuatkan lidah korang terasa kebas tau.

Nak lagi onz, korang juga boleh cuba makan mi segera Myojo ni dengan bebola ikan, ayam goreng, sosej atau sayur. Pendek kata, korang boleh masak ikut kreativiti korang sendiri sebab rasa Myojo Mala Xiang Guo ni memang ngam dan memikat selera!

Ada banyak pilihan dan dijamin halal

Paling penting ianya dijamin HALAL dan didatangkan dalam pelbagai jenis mi segera dry bowl seperti Char Mee, Mee Poh, dan Mee Goreng. So, korang tak adalah boring asyik makan satu jenis je kan. Nak makan hari-hari pun onz la macam ni.

Haa… kalau di Malaysia, mi segera Myojo Dry Bowl Series ni korang boleh beli di Jaya Grocer, Village Grocer, Tesco atau Ben’s Independet Grocer (B.I.G). Tapi korang kena cepatlah, bila dah tengah viral ni confirm laris habis.

Jom dapatkan mi segera Myojo secara percuma!

Nak lagi best, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama meriahkan roadshow Myojo Mala Xiang Guo di Johor Bharu dan di Kuala Lumpur sepanjang Oktober ini. Dekat roadshow ni nanti korang berpeluang untuk dapat satu pek Myojo MeeGoreng secara PERCUMA tau.

Johor Bharu

Aeon Bukit Indah – 14 Oktober 2019 hingga 27 Oktober 2019
Aeon Tebrau City – 16 Oktober 2019 hingga 31 Oktober 2019

Kuala Lumpur

Aeon Mid Valley – 14 Oktober 2019 hingga 20 Oktober 2019
Aeon Bandar Puchong – 16 Oktober 2019 hingga 31 Oktober 2019

Myojo kini jadi kegemaran rakyat Malaysia!

Admin yakin lepas korang dah try mi segera Myojo Mala Xiang Guo ni gerenti masuk list favourite food korang. So, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang variasi produk Myojo Dry Bowl Series atau roadshow Myojo, korang boleh layari laman facebook @nissinfoodsmy hari ini juga!

 

 

 

 

SKIP THIS AD ×