Seperti yang kita sedia maklum, jodoh dan pertemuan itu merupakan rahsia Allah SWT yang sama sekali tidak diketahui para hamba-hambaNya.
Itulah realiti yang berlaku terhadap seorang wanita Indonesia berusia 21 tahun ini apabila dia berjodoh dengan abang iparnya sendiri.
Artikel Berkaitan:Wanita Kahwin Dengan Abang Arwah Tunang, Netizen Doa Semoga Berkekalan – ‘Benarlah Jodoh Itu Rahsia Allah’
Bahagia jadi isteri
Menerusi hantaran tular di TikTok, wanita yang menggunakan nama akaun @sntafby__ memuat naik foto bersebelahan kakaknya yang melangsungkan perkahwinan bersama abang iparnya pada tahun 2015.
Menerusi hantaran yang sama, wanita berkenaan turut memuat naik gambar dirinya yang kini sah menjadi isteri kepada abang iparnya itu.
Hantaran tersebut meraih perhatian wargamaya sehinggakan ramai yang mengecam wanita berkenaan kerana memilih untuk berkongsi kasih dengan kakaknya sendiri.
Kakak meninggal dunia tahun 2022
Namun begitu, wanita tersebut tampil menjelaskan kisah yang berlaku di sebalik keputusan yang dibuatnya itu.
Menurutnya, kakaknya sudah pun pergi menghadap Ilahi pada tahun 2022 yang lalu dan meninggalkan abang iparnya bersama seorang anak lelaki.
Arwah kakaknya itu kemudiannya mengamanahkan suami serta dirinya untuk menjaga kanak-kanak yang bernama Zayn itu.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan perkahwinan mereka itu berkekalan sambil menyifatkan kisah yang berlaku itu persis seperti kisah yang diceritakan di dalam novel mahupun filem.
Sumber: TikTok