Gambar sekadar hiasan
Seorang wanita mengaku ‘memegang rekod’ di kejiranannya apabila dia mengahwini tiga orang lelaki dan tinggal sebumbung bersama-sama.
Artikel Berkaitan: Tak Pernah ‘Disentuh’ Selepas Kahwin, Isteri Kecewa Dapat Tahu Suami ‘Gay’ – ‘Aku Jumpa ‘Dark Side’ Akaun Dia’
Artikel Berkaitan: Wanita OKU Jumpa Jodoh Di Majlis Tahlil Arwah Ibu
Suami-suami jadi kawan baik
Wanita yang bernama Nellie dari Tanzania itu memiliki suami yang bernama Hassan, Danny dan Jimmy. Dia kemudian mendedahkan tentang bagaimana dia mengambil keputusan untuk mengahwini mereka bertiga setelah kematian suami pertamanya akibat nahas jalan raya.
Selepas kematian suami saya hanya tinggal bersama saudara lelaki mendiang iaitu Hassan yang akhirnya membuatkan saya jatuh cinta kepadanya.
Menurut wanita itu, pengenalannya dengan Danny adalah ketika lelaki itu tamat belajar, manakala dia menemui Jimmy semasa bersendirian ketika menghadapi tekanan akibat masalah cinta.
Ketiga-tiga suami Nellie kini menjadi sahabat baik dan mereka semua tinggal bersama selama tiga tahun.
Pendapat peguam
Gambar sekadar hiasan
Pengakuan berani oleh wanita tersebut telah meraih perhatian dan menerima pelbagai pandangan termasuklah seorang peguam yang mendakwa bahawa perkahwinan seperti itu adalah menyalahi undang-undang.
Jika seorang wanita didapati berkahwin dengan lebih daripada seorang lelaki, dia berdepan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun.
Menurut peguam tersebut, kes ini tidak seperti poligami yang sah disisi undang-undang, tetapi kes ini adalah poliandri dan jika didapati bersalah tiada hukuman alternatif yang boleh dikenakan seperti denda.
Sumber: MSN.com