berita

Pegawai Kanan Polis Maut, Dipercayai Tembak Kepala Sendiri Di Rumah

February 28th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang anggota polis maut selepas dipercayai menembak dirinya sendiri di kepala dengan menggunakan pistol di sebuah rumah di Jalan Selingsing, Kuala Lumpur semalam.

Pegawai polis maut

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan media tempatan, mangsa yang berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang sedang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul iaitu Asisten Komisioner Beh Eng Lai, pihaknya menerima panggilan kejadian daripada sistem MERS 999 pada pukul 3.30 petang.

Difahamkan, pihak ambulans bersama pegawai perubatan kemudian tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan kematian mangsa pada jam 3.59 petang.

Hasil siasatan awal mengesyaki mangsa telah menembak dirinya sendiri pada bahagian kepala dengan menggunakan sepucuk pistol jenis Walter P99 hingga menembusi bahagian kanan kepala.

Tambah Asisten Komisioner Beh Eng Lai lagi, punca kejadian belum dapat dikenal pasti dan masih dalam siasatan pihak polis. Kes ini telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pihak Polis Kuala Lumpur menasihati orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta tampil memberikan keterangan ataupun menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Foo Keat How ditalian 012-7461500 atau boleh juga menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul ditalian 03-40482206.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×