Gambar sekadar hiasan
Seorang pegawai di sebuah kampung didakwa bertindak memeras ugut penduduk dengan wang dan jika tidak mampu untuk membayar servis yang dijalankan.
Artikel Berkaitan: Guru Mengaji Al-Quran Ditahan, Disyaki Rogol 27 Gadis
Artikel Berkaitan: Isteri Tak Layan Kehendak Seks, Punca Ayah Rogol Anak Sampai Hamil & Buang Bayi
Seorang wanita jadi mangsa
Gambar sekadar hiasan
Penduduk kampung Banyusari di Bandung, Indonesia berang dengan tindakan seorang pegawai yang berkhidmat di kampung mereka yang bertindak memeras ugut penduduk sebagai balasan terhadap perkhidmatan yang telah diberikan.
Lebih parah lagi, pegawai yang disifatkan tidak bertanggungjawab itu membuat tawaran tidak munasabah terhadap penduduk.
Lelaki tersebut menawarkan mangsa untuk melakukan hubungan seksual sekiranya tidak boleh untuk memberikan sejumlah wang.
Difahamkan kejadian itu pernah dialami oleh seorang wanita yang telah berjumpa dengan pegawai tersebut di pejabat untuk menguruskan beberapa dokumen penting.
Bagaimanapun, pegawai berkenaan bertindak meminta wang sebanyak RM312 (1 juta Rupiah) dan menawarkan untuk bersetubuh dengannya jika wanita itu tidak mahu membayar wang tersebut.
Menurut Ketua Polis Siasatan Jenayah Bandung, Kompol Oliestha Ageng Wicaksono, beliau mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan kes peras ugut yang berlaku di kampung berkenaan dan siasatan sedang di jalankan.
Sekarang masih dalam siasatan dan kami masih dalam peringkat memanggil saksi.
Sumber: Tribun News