Seorang peguam di Korea Selatan, Lee Jiwon mengalu-alukan mangsa penipuan kes yang melibatkan pempengaruh, Kim Seri untuk membuat aduan kepada firma guamanya.
Artikel Berkaitan: Kim Seri Minta Maaf, Janji Bayar Duit Pelanggan Dalam Tempoh Dua Bulan – ‘Saya Tidak Dapat Lunaskan Jumlah Pemulangan Secara Sekali Gus’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pelanggan Dakwa Kim Seri ‘M.I.A’, Disekat Semua Platform Media Sosial – ‘Assalamualaikum, Salam 1 Februari’
Sedia membantu
Menerusi satu video dimuat naik di TikTok, Jiwon berkata dia sedia membantu mangsa sekiranya Kim Seri sememangnya terkait dengan kes itu.
Jika anda mempunyai sebarang kes terhadap Kim Seri, sila hantar mesej.
Pun begitu, Jiwon berkata terdapat dua perkara yang perlu dilihat dahulu sebelum mengambil kes berkaitan usahawan itu.
Agensi pelancongan boleh menjadi penipuan jika ia tidak menyediakan sebarang perkhidmatan yang telah diiklankan.
Jika perkhidmatan dan penginapan atau tiket penerbangan tidak mencapai tahap yang dijanjikan dalam kontrak perjalanan, ia boleh menjadi penipuan.
Tetapi jika kualiti perkhidmatan yang disediakan mencapai sedikit tahap yang dijanjikan maka ia adalah perkara sivil.
Jelasnya, sekiranya Kim Seri menyediakan tahap perkhidmatan yang tertentu maka kes tersebut tidak jatuh di bawah penipuan.
Untuk membantu saman seseorang di Korea, kami perlu memastikan Kim Seri berada di sini (Korea).
Jika Kim seri berada di Korea sudah tentu saya boleh membantu untuk mendapatkan sebarang tindakan undang-undang terhadapnya.
Tak kenal Kim Seri
Pada mulanya, peguam itu tidak mengetahui kewujudan Kim Seri namun selepas melakukan sesi siaran langsung (live) Q&A dia mula mencari di Internet.
Difahamkan, ketika dia bersiaran langsung salah seorang warga maya mengambil peluang untuk meninggalkan komen berkaitan usahawan tersebut.
Sebelum ini, nama Kim Seri hangat dikatakan di media sosial susulan ramai tampil menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan yang ditawarkannya.
Kim Seri juga berjanji akan membayar jumlah yang tertunggak pada 1 Februari lepas.
Bagaimanapun, pempengaruh berusia 40 tahun itu gagal mengotakan janjinya dan mengakui dirinya perlu lebih masa untuk bayar semula kepada pelanggan yang terkesan.
Sumber: TikTok