
Anak kepada pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim dan pasangannya, Ahmad Aslam menghadiri mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.
Artikel Berkaitan: Status Pernikahan Marissa & Aslam Dijangka Dapat Disahkan Hari Ini
Artikel Berkaitan: ‘Nak Bercakap Pasal Diri Sendiri Pun Jarang, Ini Kan Pula Tentang Orang Lain’ – Marissa Dania
Marissa Dania cerai dua kali

Ketika ditemui OhBulan!, peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata proses ini bagi menentukan status hubungan mereka.
Menurut Ammar, Aslam juga telah melafazkan lafaz cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya itu sebanyak dua kali iaitu pada September 2024 dan kembali rujuk pada bulan sama.
Kemudian pada April 2025, Aslam melafazkan cerai buat kali kedua dan pasangan itu difahamkan kembali rujuk pada Jun.
Permohonan pengesahan cerai dan rujuk telah dibuat pada 10 Mac lalu.
Apabila sebut pengesahan, maknanya sudah ada lafaz cerai dan sudah ada lafaz rujuk.
Kita fail beberapa hari sebelum menyambut Syawal. Ia dibuat untuk mengetahui status sebenar sama ada mereka masih lagi suami atau isteri yang sah ataupun tidak.
Nasihat untuk Aslam & Marissa

Sementara itu, Ammar sempat menasihatkan pasangan tersebut untuk menjaga hubungan seperti yang diajar dalam Islam.
Saya telah nasihatkan sewajarnya untuk pihak-pihak ini jaga hubungan perkahwinan yang sewajarnya lah seperti mana Al-Quran ajar iaitu sakinah, mawaddah, dan rahmah. Apa yang berlaku selepas daripada itu saya tidak pasti.
Mengulas lanjut, Ammar berkata pasangan itu hanya mempunyai salinan sijil pernikahan meskipun perkahwinan mereka telah didaftarkan.
Katanya, permohonan itu juga dibuat tanpa sijil nikah yang asal selepas perkahwinan mereka di Songkhla, Thailand pada 2023.
Apabila bernikah di Thailand, ini yang kita kena hadapi. Untuk failkan apa-apa kes selepas daripada pengesahan nikah, kita mesti dapatkan sijil pernikahan.
Nak dapatkan sijil pernikahan ada beberapa ‘requirement’ yang diperlukanlah. Antaranya adalah mesti selesai proses pendakwaan dan penguatkuasaan.
Dalam perkembangan lain, Aslam dan Marissa juga tampil sedondon tiba di Mahkamah pada jam 11.02 namun enggan mengulas lanjut tentang perbicaraan hari ini.





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
